Enam makanan berkhasiat tangani tekanan. Info ini petik dari Yahoo - TopicsExpress



          

Enam makanan berkhasiat tangani tekanan. Info ini petik dari Yahoo News! 1.Emping Jagung /Bijirin Beras Rangup Walaupun makanan ini rendah gula, namun ia diperkaya dengan vitamin B dan Asid Folid yang dapat membantu anda mengurangkan tekanan. Gantikan tabiat anda memakan makanan ringan atau snek dengan makanan ini. Walaupun anda makan pada waktu malam, anda boleh tidur lena tanpa memikirkan berat badan anda. 2.Susu Anda mungkin tahu bahawa susu tinggi dengan anti oksidan, Vitamin B2, B12, Protein dan kalsium. Nikmati emping jagung atau bijirin beras rangup bersama semangkuk susu rendah lemak di waktu pagi sebelum memulakan hari anda. Ia juga merupakan agen anti tekanan yang paling berkesan. 3.Tuna Gantikan nasi dengan sandwich tuna untuk makan tengah hari. Tuna tinggi dengan Vitamin B6 dan B12 iaitu Vitamin penting dalam menangani tekanan. Jangan menggunakan mayonis yang banyak dalam penyediaan hidangan tuna. Jika mahu, gantikan Mayonis yang anda biasakan dengan mayonis rendah lemak. 4.Keju Cottage dan Buah Keju Cottage kaya dengan protein dan kalsium. Makanan yang tinggi kandungan proteinnya adalah rendah gula dan tidak menyebabkan darah tinggi. Cuba makan Keju Cottage bersama buah yang kaya dengan Vitamin C seperti oren. Anda akan berasa kenyang sepanjang hari. 5.Pasta dan beras perang Sekuat mana pun anda untuk cuba mengelak makanan karbohidrat seperti nasi, mungkin ia agak sukar kerana karbohidrat meningkatkan serotonin dalam badan dan memberi kesan tenang dalam diri. Dalam banyak – banyak jenis karbohidrat, pasta dan beras perang terbukti berkesan melegakan tekanan. Ia mengandungi kompleks karbohidrat yang akan memberikan anda tenaga sepanjang hari terutama ketika anda sedang tekanan. 6.Badam Inginkan sesuatu untuk mengunyah ketika tekanan di pejabat? Badam merupakan sumber makanan yang bagus dengan vitamin B2, E, Magnesium dan Zat Besi. Seperti vitamin C, vitamin E melawan radikal –radikel bebas yang bercampur dengan stress dan boleh menyebabkan penyakit jantung. Jadi selepas ini anda mungkin boleh cuba amal pengambilan makanan-makanan yang disenaraikan di atas. Selamat mencuba!
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 06:49:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015