Entah kenapa, mutakhir ini saya tidak dapat fokus, kadang rasa - TopicsExpress



          

Entah kenapa, mutakhir ini saya tidak dapat fokus, kadang rasa sedih, kurang berselera makan, apabila mengikuti perkembangan terkini Mesir. Saya tidak pernah kenal siapa Dr. Muhammad Mursi sebelum daripada ini. Langsung tidak mengambil tahu dan tidak pernah tahu siapa beliau. Sehingga selepas beliau menang sebagai presiden pun. Namun selepas beliau dipilih menjadi presiden Mesir, serta apa yang telah beliau usaha lakukan kepada rakyat Mesir, Palestin dan Syria. Ternyata beliau hero umat Islam ketika ini. Salahkah saya menyayangi seorang yang telah berusaha membantu umat Islam? Salahkah saya berdoa untuk beliau? Semoga Allah selamatkan Mesir dan bersama dengan mereka yang ingin menegakkan Islam serta membantu umat Islam. Soal beliau daripada parti mana, ketepikan dahulu. Tapi lihatlah apa yang telah beliau usaha lakukan. Kamu yang menentang, memperlekeh kegagala kelemahan beliau mentadbir Mesir, adakah kamu sedar, apa yang telah kamu lakukan untuk umat islam?
Posted on: Wed, 03 Jul 2013 19:26:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015