Entri ini adalah untuk Al-quran dan sains. Kejadian - TopicsExpress



          

Entri ini adalah untuk Al-quran dan sains. Kejadian Manusia Didalam Al-Quran diceritakan bahawa manusia diciptakan melalui dua peringkat iaitu peringkat pertama, manusia diciptakan dari tanah dan peringkat kedua daripada air yakni air mani dan telur. Peringkat pertama kejadian manusia adalah penceritaan Nabi Adam AS dimana ketika Allah bercerita kepada malaikat untuk mencipta khalifah dimuka bumi. Malaikat diutuskan kebumi untuk mengambil sebahagian tanah dibumi untuk dijadikan susuk tubuh manusia sebelum roh ditiupkan kedalam jasad itu. Terdapat cerita tentang peristiwa ini. Kisah penciptaan manusia bermula ketika Allah berfirman kepada malaikat bahawa akan diciptakan khalifah dimuka bumi. Lantas berkata para malaikat: “Apakah Engkau (wahai tuhan kami) ingin mencipta orang orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami sentiasa bertasbih dan memujiMu serta mensucikanMu?” Lantas Allah berfiman “sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” Selepas itu, Allah telah memerintahkan malaikat jibrail untuk turun kebumi untuk mengambil tanah tetapi bumi enggan memberi kerjasama dan membantah kerana kebimbangannya terhadap manusia yang akan merosakkan muka bumi sama seperti kebimbangan para malaikat. Lalu pulanglah Jibrail kepada Allah dan Allah mengutuskan malaikat Mikail dan kemudiannya malaikat Israfil tapi kedua duanya tidak berdaya mengambil tanah dibumi kerana sumpah yang dilakukan oleh bumi. Seterusnya Allah mengutuskan malaikat Izrail untuk mengambil tanah dibumi dan diperintahkan agar jangan berundur walaupun bumi membantah kerana tugas itu disuruh oleh Allah SWT. Lalu turunlah malaikat Izrail turunlah kebumi untuk menjalankan amanah Allah tetapi bumi tetap dengan pendiriannya. Lalu malaikat Izrail berkata ini adalah kehendak Allah dan aku cuma menjalankannya, jika engkau tidak menunaikannya nescaya engkau adalah makhluk yang menderhakai Allah. Lalu bumi menyerahkan tanahnya untuk diambil oleh malaikat Izrael. Beberapa tanah dari beberapa tempat telah diambil antaranya: Tanah Baitulmuqaddis – kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal. Tanah Bukit Tursina (Mesir) – telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat. Tanah Iraq – dahi sebagai tempat sujud kepada Allah. Tanah Aden (Yaman) – muka sebagai temat berhias dan kecantikan. Tanah telaga Al-Kautsar – mata sebagai tempat menarik perhatian. Tanah Al-Kautsar – gigi sebagai tempat memanis-manis. Tanah Kaabah(Makkah) – tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama. Tanah Paris (Perancis) – tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak. Tanah Khurasan (Iran) – perut sebagai tempat berlapar. Tanah Babylon (Iraq) – kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan. Tanah Tursina (Mesir) – tulang sebagai peneguh manusia. Tanah India – kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan. Tanah Taif (Arab Saudi) – lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, syukur dan doa. Dan kemudian satu tanah dari syurga diambil untuk diciptakan hati kerana dihatilah tempat letaknya keyakinan, keimanan dan kemahuan. Dalam al-Quran menunjukkan beberapa ayat tentang kejadian manusia daripada tanah antaranya: “(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, ‘Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.’“ (Surah Sod, 71) “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.“ (Surah Al-hijr, 26) “Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar.“ (Surah Ar-Rahman, 14) Seterusnya Allah memerintahkan roh masuk kedalam jasad yang dibentuk oleh Allah tetapi roh tidak mahu dan berputat putar mengelilingi jasad tersebut. Lalu Allah memerintahkan malaikat izrael untuk memaksa roh agar masuk kedalam jasad tersebut dan proses itu memakan masa 200 tahun. Allah berfirman kepada malaikat Izrael, wahai Izrael, sesungguhnya semasa penciptaan manusia, engkau yang memasukkannya, maka Aku mengarahmu untuk menariknya kembali yakni mematikan manusia. Dalam kajian sains moden menunjukkan betapa hampir samanya kandungan dalam badan manusia dengan tanah. Pelbagai unsur dalam tanah terdapat dalam badan kita seperti karbon, molybdenum, silicon dan sebagainya. Dan seterusnya penceritaan nabi Adam dan kisah derhakanya iblis terhadap Allah. Sekarang masuk pula peringkat kedua yakni penciptaan manusia daripada air mani dan telur. Hal ini diceritakan didalam Al-Quran dan hadis juga. Tapi cerita ini akan disambung minggu hadapan.
Posted on: Tue, 05 Nov 2013 09:14:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015