Episod 11 (Tentang Kita 2) Selepas bangun solat Subuh, Arri terus - TopicsExpress



          

Episod 11 (Tentang Kita 2) Selepas bangun solat Subuh, Arri terus ke dapur. Melihat bahan untuk di buat sarapan pagi. Sebenarnya dia cuba untuk bersemangat hari ni. Yang pastinya, bila dia melihat cermin, matanya dah seperti burung hantu. Mungkin terlebih nangis. Dia sendiri terkejut bila melihat cermin kat bilik air. Menyumpah seranah bila dia melihat dirinya seperti itu. Sure Azwan akan membebel. Sotong. Fish ball. Steak crab. Cukup lah bahan tu untuk dibuat Nasi Goreng Seafood. Azwan : “Bau dia... Pehh!! Ni yang aku sayang kau ni” Tangan Azwan memeluk erat pinggang Arri. Arri : “Hish, kau dah lah belum mandi. Ada hati nak peluk aku. Bau badan kau tu patut kau urus” Azwan : “Bau badan aku lagi best ok dari bau badan Hakimi” Arri tersentak. Baru dia cuba untuk melupakan seketika tentang Hakimi. Azwan sebut pula nama dia. Adui! Azwan : “Wait on sec. Apa kena dengan mata kau?” Arri : “Haa... tak ada apa-apa pun” Arri cuba menepis tangan Azwan. Azwan : “Ryan, tengok mata Arri ni kejap” Ryan : “Kenapa ni sayang?” Azwan : “Tengok ni kejap mata Arri. Ni kesan apa?” Ryan : “Sembam. Menangis lah ni” Azwan : “100% sure?” Ryan : “Yup. 100% pasti!” Azwan : “Ni yang aku nak mengamuk ni Arri. Kau sembunyi apa kali ni masalah kau?” Arri hanya diam. Dia hanya menyediakan pinggan dan cawan untuk sarapan pagi bersama Azwan dan Ryan. Azwan : “Answer my question Arri!” Ryan : “Sayang, jangan lah push sangat dia macam tu. Mesti ada something yang dia rasa nak sembunyikan” Azwan : “No! Tak boleh macam tu. Pandang aku Arri bila aku cakap!” Arri : “U guys mandi dulu ok. Aku nak turun sekejap buang sampah. Nanti dah naik pastikan korang dah siap atas meja. Kita makan sama-sama ok” Azwan : “Tengok tu!” Ryan : “Dah lah tu... U paksa pun tak guna kan” Azwan hanya melangkah ke dalam bilik. Arri hanya tersenyum melihat gelagat Azwan. Syukur, masih ada sahabat yang masih mengambil berat pasal dirinya. Pagi tu Arri banyak membazirkan masanya dengan berfacebook. Rasa nak keluar tengok wayang di City Square. Hairudean? Tiba-tiba teringat pula pada nama tu. Segera menaip namanya di Facebook. Profilenya terpampang. Status terbarunya... ‘Bosan duduk rumah, nak tengok wayang tapi tiada siapa nak teman’ 5 minutes ago. Itupun dah berapa banyak yang like dan komen. ‘Jom date’ ‘boleh I temankan U’. Yang tak boleh blah, ‘I nak bersama U satu hari ni, boleh?’ Popular lah katakan. Memang tak dinafikan Hairudean merupakan lelaki yang diminati ramai orang, tak kira lelaki (PLU) atau perempuan. Pernah juga dia dengar cerita buruk pasal Hairudean. Ada scandal ramai lah. Anak ikan mak datin lah. Ada Datuk yang bela lah. Macam-macam lagi lah. Tapi pada Arri, dia tak nampak pula Hairudean seperti apa yang dikatakan oleh orang-orang FB terutama PLU-PLU lah. Biasalah, hidup dalam komuniti GAY. Memang yang popular akan sentiasa ada di FB PLU-PLU yang lain. Paham tak ni? Ok, cuba pikirkan mana-mana senarai friend korang di FB yang HOT, POPULAR, and of course PLU. Sure, diorang tu akan ada juga di FB mana-mana PLU yang lain kan? Sama juga lah dengan Hairudean ni. Dah memang dia popular. Nak buat macam mana. Kalau Hakimi pula, sejak Hakimi dah berkahwin, dia ada buat recycle segala yang ada dalam Fb-nya. Mana-mana friend yang over PLU-nya, dia delete. Mana-mana page atau link yang dia like berunsurkan PLU pun dia block. Mungkin nak kurangkan segala aktiviti PLU ni. Atau mungkin sebab Arri sendiri yang suruh. Jaga laki oi. Haha. Bagus sebenarnya cara ni, mungkin boleh bantu kita untuk tidak expose dalam dunia PLU ni. Arri memang dari dulu tak tonjolkan diri dalam dunia PLU, untuk apa? Ya, kalau ada orang lain kata dia hipokrit. Dia sendiri akui yang dia memang hipokrit. Tapi bukankah itu lebih baik daripada kita menunjuk? Teringat pula dengan rakannya yang bernama Jimmy. Mana-mana je keluar mesti ada yang tegur. Kadang-kadang Arri sendiri malu keluar dengan dia. pernah ditanya sama ada dia tu BF kepada Jimmy atau tidak. Eeeee, simpang nak ada BF macam tu. Bukan lah sebab lembutnya tu, tu dah memang diri dia lembutnya, tapi yelah, OVER-ACTING. PLU sememangnya ada sifat menonjol yang sangat hebat. What the??? Bunyi IM di Facebook... Hairudean menegurnya... Hairudean : Sayang Arri : Assalamualaikum Sayang? Memang ini cara Hairudean. Kalau ada rasa nak letak harapan dengan cara orang yang konon-konon paggil kita sayang ni, better tak payah letak harapan langsung. Bukan apa, untuk apa letak harapan ni? Kita sendiri pun boleh pikir kan... kalau dia tak serious, alih-alih kita pula nak over serious, bukan ke macam syok sendiri? Lepas tu, kata pula yang panggil kita sayang tu sengaja bagi harapan. What the? Come on. Dah kau sendiri jual murah. Itu lah mentaliti PLU. Semua sama. Tak ada nya yang lain daripada yang lain. Cuba jadi luar biasa. So, ada class tersendiri kan. Hahaha. Bebel pula. Hairudean : “Jom nak tengok movie sama?” Arri : “Boleh tak I komen pasal U, I mean cara U ajak I keluar ni?” Hairudean : “Silakan my dear...” Arri : “Ajakan seperti tu, buat I rasa I bukan special person. And I tak akan terima. So, do practice for me... Hahahaha” Sengaja sebenarnya. Hairudean : “Wow, I suka game ni... ok, how about I belanja U tengok movie. And kita lunch and dinner sekali?” Arri : “Terlalu mendesak sangat, untuk orang yang memang terdesak je akan terima, and not for me...” Hairudean : “Ok fine. How about this, I nak tengok movie, I perlukan seorang teman. Then, kita boleh lunch and dinner sama. If U have time, we can spend together” Arri : “Great. Now U are ready. Be a serious person. I rasa tu lebih sesuai untuk diri U yang HOT. Sharp on 30 minutes, U mesti dah ada kat bawah kondo I” Hairudean : “Ok bos!...” Tak sampai 30 minit pun Hairudean sudah terpacak kat bawah kondo Straits View. Semangat sangat katanya nak date dengan Arri. Terus pandu ke City Square. Before tengok movie, lunch dulu di Sedap Corner di aras dua City Square. Akibat Hairudean dah tempah tiket movie AFTER EARTH, terpaksa juga lah Arri layan kan. Seat couple pulak tu. Mula-mula nak naik angin juga Arri, tapi memandangkan Hairudean nampak macam happy semacam je, tak nak lah spoil kan mood yang happy ni. Lagipun tujuan Arri hanya nak melupakan sementara tentang Hakimi. Hairudean ada sesekali mencuit tangan Arri, dah lah gelap, nak main cuit-cuit pulak kat panggung wayang ni. Arri hanya menyikunya. Geram pulak. Dia boleh gelak kuat-kuat. Ingat rancangan comedy ke apa main cuit-cuit tu. Lepas sahaja tengok movie, Hairudean ajak shopping sikit kat H.E. Ada sale. Apa lagi, memborong lah gamak nya. Tak cukup tangan Arri nak angkat semua barang yang dia beli. Salah satu treatment untuk stress, iaitu SHOPPING. Macam satu kelegaan kot bila dapat shopping ni. Hilang semua masalah, tapi reti-reti lah berjimat ye. Bukan apa, nak hilangkan stress dengan shopping memang berbaloi, tapi kalau dah terlebih shopping timbul pulak masalah baru. Poket kering la tu. Hahaha. Sedang Arri membelek seluar di COTTON ON, tiba-tiba ada suara yang menegurnya. “Banyak shopping?” Danny... with someone. Hakimi? Nahhh, bukan dengan Hakimi. Phew.... Arri hanya memandang tanpa menjawab. Malas nak layan. Danny : “By the way.. aku dengan Hakimi, we are together rite now. Aku rasa kau dah tahu kan hal ni” Sememangnya Arri tersentap, tapi tak kan lah nak buat reaksi terkejut depan mamat pukimak ni. Just be cool. Arri : “Bagus lah. Tapi, aku just nak ingatkan sesuatu, masa depan dia lebih penting, and aku akan pastikan dia lebih memikirkan tentang hidup dia and masa depan dia daripada kau. Aku yakin, dia buat keputusan tu terburu-buru. Kau tahu kan sebab apa” ya, itu dia SMASH yang terbaik. Danny : “Kau patut sedar diri dulu Arri, sepatutnya dari dulu kau patut pikir yang kau tak layak langsung dengan dia. Kau tak tengok ke diri kau ni haa, dah lah kampung semacam je, kalau aku bagi rating kau ni 1/10 je kot. Itupun pikir dua kali nak bagi. Tak pun 0... kau patut sujud kat kaki Hakimi tu dah ubah hidup kau 100 peratus. Dari zero now jadi ok lah sekarang ni. tapi sepatutnya kau tak layak!” Hairudean mendapatkan Arri. Danny : “Panjang umur dia. Haaa... yang ni baru padan dengan kau. Sesuai berdua. Sweet je kan korang berdua ni. Kampung boy and Playboy” Arri mula melangkah pergi dari situ. Kalau dia layan memang kejap lagi ada show wrestling percuma kat butik COTTON ON tu. Setakat Danny tu, bagi sebiji penumbuk dah tumbang punya. Hairudean : “Kau ada masalah ke dengan Arri? Aku nak ingatkan kau, sekali kau cerita pasal kita berdua dulu dekat Arri. Kau tunggu nasib kau” Danny : “Kau ingat aku hadap sangat nak tidur dengan kau. Dulu yelah, kau pun memang jenis playboy. Sekarang aku dah dapat apa yang aku nak. Kau tahu kan siapa?” Hairudean : “Hakimi ke?” Danny : “Of course! Dan terima kasih sebab kau dah bantu aku banyak benda, walaupun sebenarnya kau berdua tak ada apa-apa hubungan. Tapi, untuk jadikan cerita aku betul-betul real, kau berdua dah make it real. Thank you so much” Hairudean : “Apa yang kau cakap pasal Arri dekat Hakimi haa?” Hairudean mula berang. Walaupun memang hatinya cukup menyukai Arri, namun tak terpikir pula untuk merampas hak Hakimi tu. Tangan Hairudean mula mencapai kolar baju Danny. Arri nampak akan kejadian, terus dia meleraikan cengkaman Hairudean daripada Danny. Someone yang bersama Danny tu juga turut membantu dengan merentap kasar tangan Hairudean. Arri segera membawa Hairudean keluar dari situ. Hairudean dalam keretanya hanya diam. Arri sendiri tak tahu nak kata apa. Dia tahu Danny mesti ada kata sesuatu yang buruk membuatkan Hairudean mengamuk. Tak pernah dia nampak Hairudean seperti itu. Arri : “Apa yang Danny cakap tadi sampai U marah sangat?” Hairudean : “I tak nak bincang” Arri : “Then masalah tak akan setel. Let me know” Hairudean berhentikan kereta. Kepalanya tiba-tiba terasa amat sakit. Dia hanya tunduk memegang kepalanya. Arri : “U ok tak ni?” Arri segera memegang tangan Hairudean. Cuba memberi kekuatan hanya dengan memberi perhatian. Mungkin ia cukup membuatkan Hairudean tenang. Hairudean : “I selalu sakit kepala sejak kebelakangan ni” Arri : “Dah buat check-up belum dengan doc?” Hairudean : “U ni, jangan lah risau pasal I macam ni, buat I makin feeling dengan U. I ok je. Pasal Danny tadi, I minta maaf kalau sebab kita berdua U dengan Hakimi dah putus” Arri : “Tak perlu cakap pasal Hakimi. I perlu lepaskan juga dia. Lagipun, life should keep moving on. Kalau kita stick pada perkara yang lepas, kita tak akan berganjak dan belajar kesilapan kita. I Cuma nak Hakimi bahagia dengan pilihan dia. Dia pun dah terima banyak dugaan. U tahu kan..” Hairudean : “Kalau lah I diberi peluang untuk buat U bahagia Arri” Arri : “Apa yang U cakap ni? Hahaha. I bahagia je... Ok, jom kita pergi karaoke nak? I dah lama tak sumbangkan suara I ni” Hairudean hanya tersenyum. Dengan senyuman Arri cukup untuk membuat dia tenang. *hai kalian... maaf lah lewat. tapi bagus juga lewat-lewat ni, at least dapat banyak juga viewers and feedback dari pembaca..hehe. boleh tak kalau buat seminggu sekali. at least korang boleh tunggu, and rasa macam cerita ni habis lambat....boleh kan? rules, feedback mesti lebih daripada post before, baru saya akan post episod seterusnya.. amacam? ahahaha. btw, tanx sangat-sangat ye...
Posted on: Tue, 13 Aug 2013 05:38:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015