Episod 3 (Tentang Kita 2) Selepas menunaikan solat Maghrib, Arri - TopicsExpress



          

Episod 3 (Tentang Kita 2) Selepas menunaikan solat Maghrib, Arri masuk ke bilik Hakimi. Hakimi hanya duduk dan berbual bersama Alyah. Kelihatan dia amat kekok dengan budak tu. Syukur, dia kembali tenang. Walaupun dia seperti bingung dengan keadaan, mungkin juga ubat penenang yang diberikan kepadanya memberi kesan yang amat baik. Arri : “Alyah, cerita lah dengan papa yang Alyah dah pandai baca ABC.” Alyah hanya tersenyum malu. Alyah : “Papa, bila nak balik? Alyah pun rindu mama, Baba Arri cakap, mama dah pergi jumpa Allah. Tapi mama tinggalkan Alyah dengan papa.” Sebak mendengar kata-kata Alyah. Anak kecil yang baru masuk 4 tahun, sudah kehilangan ibunya. Hakimi : “Arri, aku tak kenal kau. Tapi terima kasih atas semua perkara ni”. Dia hanya memandang Alyah, tak pandang pun ke arah Arri. Arri mengharap renungan yang selalu diberikan oleh Hakimi kepadanya. Namun, ia tidak mungkin akan berlaku. Hakimi : “Arri, kau kenal aku bila?” Arri : “Erm... lebih kurang 5 tahun lebih.” Hakimi : “Jadi selama itu kau kenal aku ya? Aku orang yang bagaimana Arri 5 tahun kebelakangan ni.” Arri : “Kau rasa?” Arri cuba untuk menduga. Hakimi : “Apa yang aku ingat, aku baru habis MBA... Lina tinggalkan aku ketika hari pernikahan kami...dan aku larikan diri ke London. Aku hanya mampu ingat setakat itu.” Ya, jadi betullah. Memori yang Hakimi lupa selama 6 tahun. Hakimi : “Tapi yang peliknya aku rasa dah terlalu lama Lina tinggalkan aku. Aku ingat lagi, aku terlalu kecewa bila dia tinggalkan aku. Kau tahu semua ni kan?” Arri hanya mengangguk perlahan. Hakimi : “Lina tak pernah cari aku ke?” Arri menggeleng pula kali ni. Arri : “Dia tak pernah cari kau sejak dia tinggalkan kau pada hari pernikahan korang. Dia sekarang dah berkahwin dengan Datuk Hamdan.” Hakimi : “What? Datuk Hamdan? Aku harap aku dapat lupakan terus tentang dia.” Hakimi tergelak kecil. “Apa lagi yang berlaku?” Arri : “Kau amat kecewa pada waktu tu, kau lari dalam lebih kurang 3 bulan. Dan kembali ke Malaysia dengan diri kau yang lain.” Hakimi : “Maksud kau?” Arri : “Yalah, kau jadi ego. Pentingkan diri sendiri. Kau agak renggang dengan arwah papa kau waktu tu lah. Apa yang aku tahu kau dengan papa kau tak pernah renggang. Tapi semua tu berubah apabila kau jumpa seseorang..” Arri terdiam. Seseorang itu... perlu ke untuk dia mengatakan diri dia seseorang itu? Hakimi hanya menanti apa yang hendak dikatakan oleh Arri. Hakimi : “Qistina?” Arri mengangguk perlahan. Sedikit tertunduk. Air mata mula bertakung. Sebak yang amat apabila segala kenangan dia bersama Hakimi hilang dari memori Hakimi. Arri : “Ya, Qistina yang buka mata kau untuk kembali melihat erti cinta yang sebenar. Lagipun dia cintakan kau sejak sebelum kau dengan Lina lagi. Yalah, korang berdua kenal sejak kecil. Dan ini buktinya, Alyah. Dalam masa 2 bulan lepas korang berdua nikah. Alyah muncul sebagai bukti kasih sayang korang berdua.” Arri tunduk. Tidak mahu wajah dia di tatapi oleh Hakimi. Sedikit demi sedikit, air mata yang cuba ditahan, akhirnya jatuh juga. Hakimi : “Kenapa kau menangis?” Arri tersentak. Cuba tergelak perlahan. Arri : “Mungkin kenangan cinta korang berdua membuat aku pula yang emosional. Korang berdua sangat sweet. Qistina terlalu mencintai kau Hakimi”. Hakimi : “Aku bahagia bersama dia?” Arri : “Terlalu bahagia” Hakimi membuang pandangnya ke arah Alyah yang terlena di katilnya. Arri – ‘Ya Allah, hati ini terlalu sayu. Namun, aku harus lakukan ini kerana-Mu ya Tuhan. Qistina, aku janji akan membawa cinta kau, dan bantu Hakimi untuk dia bahagia di samping Alyah’. Hakimi : “Parents Qistina tak datang tengok aku selama ni?” Arri kembali mencari idea untuk mencari jawapan yang terbaik untuk soalan ini. Arri : “Mereka ada krisis sedikit dengan kau. Dan aku yakin mereka masih belum terima pemergian arwah Qistina. Aku rasa lebih baik kau rehatkan dulu minda kau dan tak perlu pikir pasal mereka.” Ya, itulah yang terbaik untuk setakat ini. Arri masih mencari jalan untuk menyelesaikan konflik ini. Hakimi : “Mereka pentingkan diri sendiri. Aku pun kehilangan orang yang paling aku sayang. Now, aku tiada sesiapa. Mereka pula seperti tu. Apa mereka tak pikir hati orang lain, atau hati aku? Aku tiada sesiapa sekarang!” dalam nada yang agak keras. Walaupun ia perlahan. Arri : “Tak. Kau ada Alyah. Dan kau perlu tahu, ada seseorang yang akan pastikan kau bahagia dan bukan keseorangan.” Hakimi : “No, kau tak paham. Kau bukan aku. Malah aku tak pernah kenal kau, kau tak perlu nak tenangkan aku macam tu sekali. Shit!” Arri mengangguk lemah. Hakimi : “Kau balik lah. Aku nak berseorangan. Bawa balik Alyah sekali.” Arri : “Ni anak kau weh, kau hanya kata macam tu? What?” Hakimi : “Aku rasa Tuhan dah beri aku cukup banyak dugaan. Kenapa aku perlu lalui semua benda ni?” Arri : “Kau tak boleh kata gitu Hakimi, kau kena lawan. Allah Maha Tahu apa yang DIA beri kat kau. Kau perlu percaya DIA.” Hakimi : “Stop it!! Kau berambus sebelum aku jadi gila di sini!! Kau tak ada kaitan dalam hidup aku. Kau siapa?” Arri mula ambil pendekatan untuk berdiam. Arri - ‘Aku perlu tenang untuk menghadapi perkara ini. Aku dah janji dengan Qistina.’ Arri kemudiannya pulang bersama Alyah. Syukur, Alyah seorang budak yang tabah. Dalam usianya hanya menjangkau 4 tahun, dia sudah menghadapi dugaan yang cukup besar. Arri : “Alyah.. baba Arri janji akan bantu papa Alyah. Mama Alyah mahukan ini. Alyah, sekurangnya baba Arri akan bagi kekuatan yang ada untuk Alyah dan papa Alyah. Qistina, Arri janji untuk Qis.” Arri mengucup perlahan pipi gebu yang comel. Kemudian menyelimuti tubuh anak kecil itu. Lena sungguh dia tidur. Sejak dari katil Hakimi tadi di hospital. Walaupun bukanlah zuriat dia, tetapi sayangnya kepada Alyah terlalu dalam. Bagai anak sendiri. Ibu : “Arri, jom minum dulu. Makan malam sekali sini” Arri : “Arri tidur sini sekali kot bu. Esok macam malas nak ke office.” Ayah : “Kamu ni ayah tengok sekarang macam banyak masalah, kami ada Arri kalau nak cerita apa-apa.” Arri kemudian diam. Ibu : “Ibu tak nak Arri seperti ni. Ibu sayang anak ibu. Ibu yakin anak ibu sangat kuat orangnya.” Arri : “Terima kasih ibu. Arri ok je. Cuma Arri pikir dengan keadaan Alyah dan Hakimi. Arri tak tahu bagaimana perlu Arri tolong.” Ibu : “Jangan lah risau, Alyah pun ibu tengok dia tak ada masalah duduk dengan ibu. Kami pun dah anggap dia macam cucu kami Arri. Arri patut cepat kahwin. Ibu pun nak ada cucu.” Arri : “Ish ibu ni, ke situ pula.” Ayah : “Jangan risau lah Arri. Kamu buat apa yang kamu rasa mampu untuk tolong mereka. Kami sentiasa sokong kamu.” Arri kembali senyum. Ya, syukur ada kedua ibu bapanya yang sentiasa memahami kesusahannya. .................... Doktor Kamal : “Saya rasa awak boleh pulang ke rumah. Memandangkan keadaan awak stabil sekarang. Awak boleh cuba untuk ingat memori awak. Tapi, bila ia terasa sakit try to cool down ok. Rilex kan minda. Awak cuma perlu rehat dalam masa 1 bulan lagi. Then, boleh start kerja macam biasa. Tapi pastikan dalam 2 minggu sekali awak perlu buat check-up.” Hakimi : “Doktor..” Doktor Kamal : “Yes?” Hakimi : “Ada nampak Arri tidak? Dah 2 hari dia tak datang. Macam mana saya nak balik?” Doktor Kamal : “Dia ada kat depan. Semalam pun dia ada datang tanya keadaan awak. Dia tak ada jumpa awak ke? Saya dah pun bagitahu dia yang awak boleh keluar hari ni.” Hakimi hanya terdiam. Pelik. Arri datang tanpa menjenguk dia dalam bilik. Hakimi – ‘Marah ke dia pasal ituari?’ Hakimi hanya mengemas segala barang dia untuk pulang. Hanya berpakaian ringkas. Seluar jeans dan juga T-shirt. Baju yang di bekalkan oleh Arri. Hakimi mecari kelibat Arri, dan nampak Arri sedang membaca surat khabar di ruang menunggu. Hakimi : “Jom..” Arri hanya mengangguk. Di dalam kereta... Hakimi : “Kereta mini cooper aku masih ada lagi ke?” Arri : “Yap, ada lagi.” Hakimi : “Siapa je yang ada di rumah aku?” Arri : “Mak Jah. Dia dah bekerja di rumah tu sejak umur kau 20 tak silap aku. Aku rasa kau ingat kan?” Hakimi : “Baguslah dia ada.” Hakimi diam. Pandang ke luar cermin kereta. Arri : “Kau rindu papa kau?” Hakimi tidak menjawab soalan itu. Arri : “Kita ziarah kubur arwah?” Hakimi : “Aku belum ready lagi”. Arri paham dengan keadaan itu. Tak perlu untuk menjawab, tak pasal-pasal mood Hakimi berubah. Hakimi : “Aku lapar lah. Aku selalu makan mana haa?” Arri : “Seoul Garden.” Arri menjawab sambil tersenyum. ................... Hakimi : “Sumpah kenyang! Pehhh, serious aku suka tempat ni” Arri : “Aku dah kata dah” Hakimi : “Thanks bro sebab, yalah, untuk segalanya” Arri : “Hahahaha” Arri hanya mampu gelak. Mungkin untuk menutup rasa kalutnya. Hakimi : “Aku nak shopping sikit lah. Jom” Arri hanya menggeleng. Dari dulu sampai sekarang perangai tak ubah. Kuat betul shoppingnya tu. Tapi Arri rasa happy dengan keadaan Hakimi yang mula terima keadaan dirinya. ................... Hakimi : “Bila masa pula aku suka warna purple?” Hakimi melangkah masuk biliknya. Warna tu sebenarnya warna kegemaran Arri. Match dengan warna hitam, warna kegemaran Hakimi, hiasan dalaman di bilik Hakimi nampak mewah. Hitam dan purple. Arri sebelum ni dah suruh Mak Jah buang gambar-gambar dia. Hakimi memang banyak frame yang diletakkan gambar Arri. hanya satu yang tinggal. Itupun gambar dia bersama Hakimi. Selebihnya gambar dia bersama Qistina. Arri : “Warna kegemaran Qistina, match dengan warna kegemaran kau hitam” Hakimi : “Semua benda kau tahu? Termasuk hal dalaman?” Arri hanya tersenyum sebagai jawapan. Ya, semua benda dia tahu. Hakimi : “Gambar ni?” Hakimi menunjukkan jarinya ke arah gambarnya bersama Arri. Arri : “Kenapa dengan gambar ni?” Arri mencapai frame tu. Hakimi : “Aku dengan kau, berpelukan macam ni?” mengambil frame tu dari tangan Arri. Arri kelihatan kaget. Risau jika Hakimi memikirkan sesuatu yang buruk. Hakimi : “Aku terlalu rapat dengan kau dulu ya. Patutlah kau tahu semua benda. Tapi, dalam gambar ni menunjukkan aku terlalu happy. Kenapa ya?” Hakimi tidak lepas memandang gambar tu. Arri : “Cantik kan Qistina?” Sambil menunjuk frame yang mempunyai gambar Qistina sedang memeluk teddy bear. Hakimi : “Wow... she’s gorgeous! Oh ye, dia model sambilan. Sure dia sentiasa nampak HOT. Aku pernah suka dia waktu time sekolah. Tapi, dia macam tak layan aku. tak sangka pula jodoh aku dengan dia. Dan ia tak berkekalan...” Hakimi terhenti seketika. “Kenapa semua kenangan aku dengan dia juga yang terpadam, kenapa tak kenangan aku bersama Lina?” Arri : “Mungkin Allah mahu menguji kau. DIA beri dugaan kepada manusia yang DIA sayang” Hakimi : “Aku orang yang macam mana Arri?” Arri : “Kau orang yang cukup tenang. Mungkin Qistina banyak tunjuk ajar kau. Eh, aku nak solat asar, dah nak maghrib ni. Jom sekali” Hakimi : “Aku solat ke? Yelah, apa yang aku rasa, aku ni kurang buat benda-benda tu” Arri : “Mungkin ya, tapi sebelum aku kenal kau. Tapi bila kau rapat dengan Qistina, kau mula buat semua tu. Malah, selepas kahwin pun kau dah berubah kepada yang lebih baik. Jom, aku harap ia tak merubah diri kau yang ini” Hakimi hanya mengangguk. Dia pun rasa ia lahir dari hati yang ikhlas. .................... Arri : “Kau lupa tentang Alyah?” Hakimi : “Ahaaa. Ya Allah, macam mana aku boleh lupa! Dia ada mana sekarang?” Arri : “Sekarang ni kau tak boleh lupa dia la, kau tu dah jadi bapak kau tahu tak. Dia ada kat rumah keluarga aku” Hakimi : “Terima kasih lah Arri, aku tak tahu macam mana nak balas segala kebaikan kau. Aku rasa kau terlebih pula tolong aku” Arri : “Apa kata sebulan kau rehat ni. Kau jaga Alyah, Mak Jah pun boleh bantu kau” Hakimi : “Aku kekok lah” Arri : “Tu anak kau Kimi...” Hakimi : “Ok, aku try...” diam seketika. Membuang pandang ke arah kolam renang yang ada di perkarangan rumah Hakimi. “Arri... kenapa aku rasa macam aku dah kenal kau lama?” Arri : “Memang kita dah kenal lama pun. 5 tahun lebih. Dan bukan waktu yang singkat” Hakimi : “Aku sendiri kadang-kadang ada perasaan yang negatif tentang kau, sama ada kau ikhlas ke bantu aku semua ni. Atau kau ada niat yang lain?” Arri terlopong. Hakimi : “Kau memang suka melopong ke apa?” Arri menggaru kepala, masih memikir jawapan yang sesuai untuk soalan yang sebentar tadi. Arri : “Maksud kau, aku ada niat yang lain?” Hakimi : “Yalah, cuba kau pikir. Papa aku bagi jawatan besar pada kau hanya setahun lebih jadi P.A aku. Macam papa aku terlalu percaya kau. Selama ni jawatan manager hanya orang yang dah lama berkhidmat dengan syarikat papa aku.” Arri : “Sebenarnya kau yang bagi jawatan tu. Lepas kau kahwin dengan arwah Qistina, ayah kau bagi jawatan Executive Director pada kau. Papa kau setahun selepas kau berkahwin dia ke London urus syarikat di sana. Hartanah di sana. By the way, adik papa kau, Dato’ Hisham dah jadi partner dalam company kita.” Hakimi : “What??? Uncle Hisham??? Since when?” Arri : “Sejak company dia di Thailand tu hampir bankrupt. So, papa kau cadang untuk jual, then melabur sahaja di company kita. Lagipun, papa kau sekarang lebih fokus dengan business dia dekat pelabuhan Gelang Patah and hartanah. Sekarang, semua under control. Aku dah uruskan segera. Aku minta maaf nak bagitahu, untuk sementara waktu, aku control dulu syarikat keluarga kau. Sebab apa yang kau pesan atas authority aku juga untuk handle semua projek. Even Dato’ Hashim memegang share sebanyak 20% tak ambil tugas kau. Macam arwah pesan sebelum ni, kuasa hanya diberi kepada kau, jika berlaku sebarang permasalahan boleh rujuk Qistina, and then kalau berlaku juga permasalahan, aku...” Hakimi dan Arri terdiam seketika. Arri perlu bagitahu perkara ni kerana dia rasakan satu hari Hakimi perlu tahu atas kesemua ni. Sejak Hakimi ke London atas urusan kerjanya, Arri Pengarah Pemasaran merangkap pemangku sementara jawatan Hakimi sebagai Executive Director kepada syarikat Julung Sedia Sdn Bhd. Hakimi : “Wow, like I just said, papa memang 100 percent percaya kau.” Arri : “Aku tak paksa kau untuk hadir ke pejabat dengan segera. Tetapi sekarang kau dah mula pulih and stabil, aku rasa memang patut kau datang ke pejabat dalam waktu terdekat. Aku tak boleh handle company tu, yalah, Dato’ Hisham juga ada share dalam syarikat kau. Aku hanya siapa, so, aku tak nak diorang pikir lain...” Arri terdiam seketika. “Termasuk kau...” Hakimi hanya diam, memandang ke arah kolam renang di hadapannya. Hakimi : “Untuk waktu sekarang aku pikir, aku nak rehat dulu. Mungkin kau nampak aku macam cool, tapi aku still tak boleh terima kenyataan” Giliran Arri pula terdiam. Sangkanya Hakimi dah mula menerima keadaan. Hakimi : “Tapi... segala apa yang perlu dan membabitkan keputusan dalam company, rujuk aku ok lepas ni. Kau tak perlulah datang selalu, just bagi P.A aku untuk sampaikan kepada aku.” Sedikit sentap. Mungkin sedikit terasa dengan kata-kata Hakimi. Arri : “Kau tak ada P.A sejak kahwin? Kau hanya ada setiausaha jelah.” Hakimi : “What?? Are U serious? Papa memang akan adakan jawatan personal assistant untuk semua manager kot. Tak kan aku tak ada P.A sendiri as Executive Director?” Arri : “Kau sendiri yang tak nak sejak kahwin dengan Qistina.” Hakimi : “Wow. Satu kejutan. Mesti aku terlalu cintakan Qistina atau aku terlalu tunduk dengan Qistina” Arri memandang wajah Hakimi. Mencari jawapan pada wajah itu. Arri : “Kau pertikai cinta Qistina pada kau?” Sedikit kasar pertanyaan Arri. Hakimi : “Aku tak cakap pun..” Arri : “Habis tu, apa yang tadi kau cakap tu?” Hakimi : “Yalah, satu perkara yang musykil pada aku. yang kau tiba-tiba macam nak marah apa hal?” Arri : “Aku bukan marah. Aku cuma tak nak kau meragui cinta Qistina. Tu je.” Hakimi : “Aku rasa mulai sekarang, kau kena ada gap hal personal aku. Let me handle it. Ok? Kau buat aku pening kepala, terlalu banyak benda aku kena terima, and aku tak paham dengan keadaan semua ni. Better kau balik. Aku nak masuk dulu” Arri – ‘Sumpah annoying gila mamat sekor ni. Qistina, sabar jelah dengan suami kau ni ha’ Arri keluar dari rumah dengan hati yang cukup bengkek. Membebel sendiri sambil berjalan ke arah kereta. Geram. Perangai Hakimi yang dulu dah mula dah datang balik... BERSAMBUNG by : Boy Rie
Posted on: Sun, 21 Jul 2013 08:10:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015