Episod Pilihanraya Kuala Besut : Sukaduka di Pulau Perhentian - TopicsExpress



          

Episod Pilihanraya Kuala Besut : Sukaduka di Pulau Perhentian Catatan 16/07/2013 jam 0330 petang Ketika saya melewati tempat penyediaan bubur syura yang akan disediakan kepada orang ramai, saya berbual-bual dengan seorang wanita berusia awal 60an. Di situ juga kami saling bertanyakan khabar. Wanita itu memulakan bicaranya dengan perasaan sayu dan serba sedikit beliau mula menceritakan kisah hidupnya kini. Siti Hajar Bt. Mohd Noor (62), berasal dan tinggal di Pulau Perhentian, suaminya telah meninggal dunia 15 tahun yang lalu dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak lelakinya berumur 30 tahun sudah beristeri dan mempunyai 3 orang anak. Akan tetapi, kemudian bercerai kerana beliau merupakan seorang penagih dadah dan mempunyai krisis rumah tangga. Walaubagaimana pun beliau masih boleh bekerja sebagai nelayan. Anak-anak mereka tinggal berasingan iaitu seorang daripada anak-anaknya dipelihara sendiri oleh bapanya, seorang lagi dijaga oleh isterinya dan seorang lagi diberikan kepada orang lain. Siti hajar merasai hidupnya sangat miskin . Beliau dapat menyara diri dengan hasil bantuan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan dan sedikit bantuan daripada anak lelakinya tetapi sikap anaknya selalu sahaja berkasar dengan ibunya. Anak perempuannya pula bersuamikan nelayan yang hidup serba sederhana dan mempunyai 4 orang anak yang juga sedikit sebanyak membantu ibunya. Akhir berbicaraan kami, beliau meminta agar saya membuat ‘air tawar’ bagi menenangkannya dan agar anaknya tidak bersikap kasar lagi.
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 08:27:43 +0000

Trending Topics



e="margin-left:0px; min-height:30px;"> Our work from home company(Ameriplan) is searching for individuals
Una semana de buenas noticias , Nathalia fue seleccionada para

Recently Viewed Topics




© 2015