Episod Ulangan: “Living Shy But Don’t Want Die ” – 2013, - TopicsExpress



          

Episod Ulangan: “Living Shy But Don’t Want Die ” – 2013, 14th January. Dedikasi - Mama ® Umpama Realiti dalam Realiti Hidupku ibarat hidup segan mati tak mahu, begitulah aku yang pemalu tapi tak punya kemaluannya, tak takut mati namun enggan mati sekarang. Bukan kehidupanku yg aku segankan, tapi jambanku yg tak berhijab, tak perlu bongkar seperti memecah ruyung untuk lihat sagu, tak payah citakan pucuk nanti segala ulam pun akan tertandang, lebih luas dr nyiru tadahan yg sekecil cuma. Entah bgmana mampu mrk yg menonton tidak punya malu pd hal-hal keaiban begitu. Aku takut juga kalau-kalau tebuan menyerang sbb akhir2 ini tak dijolok pun tebuan rasa bagai di sekeh stiap kali nampak aku. Bagaikan CCTV di mana-mana Bahaya kalau sekor, kalau ramai malapetaka jawabnya, lipas kudung pun tak tau kemana nak pergi, mcm langit dgn bumi ni ada byk CCTV termasuk dlm perigi atau dlm timba, lebih baik stay saja mcm tunggul diam membatu. Sebab tu lah watak aku dlm cerita ni mcm tugu takut nampak hantu, nak bergerak pun buntu. Ikut kata binasa, ikut hati mati, ikut naluri berani, ikut nafsu rugi, ikut tebuan takkan selamat lagi. Memang aku tak terikut pun, just mcm biskut kejap ada kejap takda. Mangsa buli kes berulangan Muak dah mghadap kesilapan sama yg berulang. Macam dah ludah jilat semula pula gayanya, pengotor sungguh. Memandangkan pokok pisang pun banyak kali dah berbuah lagi, anjing tersepit pun banyak yg sihat walafiat bebas ke sana ke mari, yg dpt diselamatkan pun nasi saja kadang dah jadi bubur kadang tertanak elok. Dulu masa zaman-zaman setahun jagung bolehlah kalau nak bisik rahsia siang-siang sambil pandang-pandang, cakap malam pula dengar-dengar, sekarang tak bercakap pun dengar-dengar, siang malam tak boleh dipandang, tak ubah seperti batu nasibnya tak sebaik sabut timbul saja setiap kali mandi. Menjiwai pengalaman ‘suami dayus’ Hidup sekangkang kera ni memang susah kalau sendat semuanya, nak harap bulan jatuh ke riba pun lain jadinya, pungguk pula rindukan bulan. Macamana nak berakit-rakit ke hulu, kalau berenang asyik ke tepian, “seperti mengembleng tenaga duluan sampai masih tetap tertinggal.“ Itu gara-gara sayang anak tangan-tangankan, sayang bini terbiar maksiatnya”. Nak tangan segan, nak lempang tapi tak mau. Aku tidak mengamalkan polisi kekerasan melainkan ke atas aku sahaja. Lebih2 lagi trhadap wanita & anak kecil. Harap2 anak aku rintik bila aku rintik supaya sama, knapa perlu dia borek utk sama? Borek dgn borek baru saling tak tumpah kuah kalau kecuali hanya ke nasi. Hujan batu di negeriku keras sekali Inilah nasib Si Lebai Malang yg makin veteran, nyaris-nyaris dia dgn Luncai terjun bersama labunya, dah macam sama pula dengan keadaan Pak Pandir, setiap masa diganggu masalah akal. Nak taknak kena juga terima semua yg mendatang, nak samakan dengan sirih pulang ke gagang dulu boleh lah, sekarang gagang pun orang tak pakai lagi semua bertukar ke i-phone. Mati-mati dulu aku sangka hujan batu di negeri sendiri lebih baik dari hujan emas di negeri org, kat negeri aku hampir semua org suka hujan emas, aku je hujan dgn batu, negeri siapa dh jd bukan soal pokok, yg penting happy & ramai yg sekepala. Kacang hantu memang mcm beruk dpt bunga, aku pula mcm bunga dpt beruk. Kacang hantu mementingkan kulit Kalau ikut tak mau sungguh aku terlibat dgn kacang-kacang hantu yg suka menangguk air-air yg keruh, kononnya nak mengail siakap, senohong, gelama, takpun ikan buntal, sedar-sedar dah terang lagi bersuluh jadi pencuri ikan. Berbohong memang confirmlah jadi lagu-lagu siulan anak mudanya, tu pasallah berlari aku kencing bila guru aku lama tak mari, dgn harapan tidaklah tempias oleh tukang besi, tak pasal-pasal pulak terlibat sekali jadi susu sebelanga gara-gara tak menegur nila yg warnanya biru. Lagi selamat bercucuk tanam di hujung bibir ada juga jus tebu time-time dahaga. Lagipun masa itukan emas. Standard lah kalau org suka simpan & tangguh. Rimau punca perahu mau karam Walaupun sekarang gayanya macam “tak terjun karam, tak karam mati lemas” terpaksa juga teruskan, alang-alang menyeluk saku biar sampai cita-cita nak jadi berada. Masalahnya bila sorang-sorang takda yg tau keadaan, silap-silap jadi anak rusa yg mati tertambat. Bila berdua pulak org tengok dua belah pinangnya padahal mainan je bukan pinang hidup. Nak harapkan pagar buang masa je, pencuri semua pandai panjat pagar, kadang-kadang pagar sekali pun kena rembat. Rimau yg diharap mengembek kalau dlm kandang kambing tak habis-habis pulak nak jadi anjing, macamana tak kantoi asyik menyalak aje tak kira masa. Suka keluar masuk mulut buaya Bukan aku kisah pun berapa lantang nak menyalak, tapi yg x tahan mesti sebolehnya melibatkan aku, mana boleh paksa jadi kucing dlm kandang kambing! Pakai la otak, kat luar tu banyak gila buaya, aku lagi rela keluar mulut rimau masuk mulut buaya daripada tengok rimau masuk mulut buaya sbb dia kena berlakon jd anjing, kan bagus dia stay dgn buaya duduk saja nganga mulut tunggu mangsa. Miang keladi kalis air sembahyang Mencurah air ke daun keladi lagi seronok dari membebel kepada gunting dalam lipatan. Banyak kerja nak kena handle, api dalam sekam takda yg simbah, duri dlm daging tak gamak lg nak sentap keluar, musuh dalam selimut pun tak pernah kena tangkap sampai sekarang, pandai betul musuh tu mngendalikan selimut tu. Langsung tak melepas batuk di tangga supaya tak ketahuan mcm kura-kura dlm perahu. Indah khabar rupanya Cerita ni mcm tak sesuai pula diibarat air dicincang takkan putus walaupun bau-bau bacang yg lupakan kulit. Macamana gagak warna pun, ia tetap gagak di rimba mcm akulah tetap org cam walaupun tutup muka & tukar nama, hairan bin ajaib pun ada. Gagak tak usahlah jadi anjing dengan bayang-bayang, pipit atau enggang dah lama tak senang dgn warna all-black, tak payahlah kerah tulang empat kerat berusaha keras bak tembok cina kerana bayang-bayang terbalik itu indah khabar dari rupa. Gagak menduga lautan dalam Gagak pergilah masuk sepenuhnya ke kumpulan unggas hitam, carilah mergastua yg terlindung dr hiruk-pikuk kota yg penuh cela di celah-celah si celaka yg celaru. Elakkan mengata dulang paku serepih, jgn pandai2 isi bakul angkat sendiri, sederhana je & mantain cool. Cukuplah dilambung ombak, nanti demam pula. Lain kali kalau nak dpt ikan jgn duga lautan tu, tapi siapkan kail lebih besar dr sejengkal. Jangan lupa jalan balik ke Syurga Utamakan mak dgn bapak yg di kemam selalu sbb taknak luah taknak juga telan, jgn sampai beruk di hutan lg banyak kau bagi susu, ahli keluarga lain mcm telur di hujung tanduk. Jgn kau lupa merekalah yg membanting tulang perah keringat sampai kau sempat lepak beberapa tahun di Menara Gading, doakan mrk selalu lepas dr derita, kasihani mrk spt kasihnya mrk ketika kau msh budak hingusan. Bukankah kau anak emas yg dibawa belayar hingga kau dewasa & mampu mbelikan mrk peti & pisang emas. Makhluk asing panggil kita makhluk asing Semua ujian hidup yg kau hadap memang berbeza pngalamannya dgn org kbykan, susah utk dikongsi sbb ia kedengaran diadakan, permata pun Manikam boleh was-was kewujudannya, inikan nak mncari pelanduk lain yg serupa aku utk kepastian sebuah fantasi. Sebab itulah “hanya Alien yg kenal asingnya makhluk asing di planet bumi”, nak tunggu itik pulang petang pun dah nak sama lamanya mnunggu kucing bertanduk, bukan boleh disuap kapur mcm ayam supaya ayam akhirnya berak kapur. Bertemu kitab dgn buku di rimba Dah masuk minit-minit akhir dah ni, mcmana nak endingkan cerita ni tak tau. Tak kenal maka tak cinta, mestilah aku kenal, inikan tentang cerita aku tentang aku. Sepandai-pandai tupai melompat, bukan sepanjang masa tupai tu kena lompat, adakala kena jalan jengket-jengket, maklumlah rimba sang gagak ni byk sekali jerangkap samar. Buku dgn ruas senang jumpa sbb ramai, cuma problemnya keduanya tu member bukan seperti bidalan yg melaga-lagakan mereka mcm batu api. Makhluk halus dlm rimba ni cekap-cekap, sampai minyak penuh yg aku tatang pun boleh kena sejat, dasyat betul alam binatang ni, buas & liar bersatu ibarat aur dgn tebing. Persoalannya adakah berbaloi? Api pun jd bara kalau digenggaman mereka, mereka tak peduli pun siapa kalah jadi abu atau arang. Bagi mereka alang-alang mandi biar basah. Tepuk dada tanya seleralah sblm nak keringkan mereka dgn kata-kata panas. Ramai yg kebal & tak lut, baik jgn emosi takut yg dikejar melepas yg dikendong pun tercicir habis. Boleh dikatakan agak selalu jugalah bertepuk sebelah tgn dgn mrk terutama bila sbelah tgn mrk pegang talam dua muka. Dont judge the book by its cover “Daging unta bgmana dimasakpun tetap berbeza dgn burung unta” so jgn terpedaya dgn last namenya ‘unta’ sbb ia sbenarnya ostricth & takda kaitan langsung dgn unta baik fizikal atau mental. Namun kedua-duanya masih boleh mati mulia jika disembelih atas nama Allah, itu pun kalo ada harga yg berpatutan utk membeli seluruh hidup & hatinya. Bukan murah2 tau, x dpt di pasar malam @ di stall2 daging yg lain. Susah nak kenal kalo tak biasa dgn baunya. Adakala ia lebih putih dari yg putih, kena carik-carik bulu baru jumpa satu dua yg boleh dibawa berurusniaga. Segalanya berlaku kerana dia Cukuplah aku di sini saja, sdgkan lidah lg tergigit inikan pula suami isteri, apa kena mngena peribahasa ni? Ia takkan kena jika tidak dilanjutkan sampai melibatkan ‘isteri’. Inikan segala rasa yg tercipta oleh hadirnya. Ia terlalu lama dibiarkan melarat sbb mulanya aku biarkan tulang putih semata tak mau putih mata, kini aku menyesal kerana membabi buta sampaikan kejayaan kian samar bagaikan api jauh dari panggang. Terpaksa dipaksa memaksa paksaan untuk berhenti Aku terpaksa tulis setakat ni saja, ia akan diakhiri tanpa kesinambungan, supaya aku tak terdorong menghentam keromo. So aku tutup dgn peribahasa aku sendiri “cubit peha lawan ibarat tak takut mampus” jadi tengok dulu peha sapa sblum cubit atau cium, diam-diam ubi berisi tau, jgn disangka yg tenang itu selamat dr buaya. Selalu2 ukur baju di badan sendiri, supaya bajunya selesa & tidurmu lena bagaikan ngantuk disorong bantal, ingat Allah x pernah tidur & lalai. Assalamualaikum, Alhamdulillah. Ameiyr Al-Scha
Posted on: Sun, 11 Aug 2013 22:30:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015