Etnik Rohingya diserang lagi Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: - TopicsExpress



          

Etnik Rohingya diserang lagi Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: August 26, 2013 YANGON - MYAMARKira-kira 1,000 etnik Buddha bertindak menyerang premis serta kediaman masyarakat Islam Rohingya di barat laut Myanmar, kelmarin. Jurucakap polis berkata, serangan di bandar Kanbalu menyebabkan tujuh premis perniagaan masyarakat Islam dan 15 kediaman musnah dibakar. "Penyerang bertindak sedemikian untuk menggesa pihak berkuasa menahan lelaki Islam yang didakwa cuba merogol wanita Buddha," katanya dalam laporan PressTV. Saksi memberitahu, pihak polis cuba menyuraikan kemarahan penyerang tetapi gagal menghalang kemusnahan. Serangan terbaru itu berlaku selepas empat hari wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Tomas Ojea Quintana, diserang oleh sekumpulan etnik Buddha di tengah Myanmar. Mac lalu, satu gelombang anti- Islam dilancarkan oleh etnik Buddha yang membunuh lebih 40 orang dan ratusan kediaman dibakar selain ribuan penduduk melarikan diri di Meikhtila. Setakat ini, masyarakat Islam Rohingya menjadi sasaran perusuh membabitkan keganasan serupa menyebabkan lebih 200 orang terbunuh di Rakhine dalam 2012.
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 02:51:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015