FAM akan menubuhkan skuad pemantau dalam tempoh terdekat bagi - TopicsExpress



          

FAM akan menubuhkan skuad pemantau dalam tempoh terdekat bagi memantau sesetengah perlawanan Liga Malaysia yang dikategorikan mencurigakan.Katanya, skuad pemantau berkenaan bakal dianggotai oleh wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), wakil persatuan bola sepak negeri serta FAM sendiri.Itu perkara mustahak yang perlu dilakukan oleh FAM (dalam usaha kita mendidik para pemain dan pegawai mengenai bahaya rasuah bola sepak) dan selebihnya kita serahkan kepada PDRM dan SPRM, katanya. Dalam perkembangan berasingan, Hamidin berkata kesemua pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia bermula tahun depan diwajibkan mengisi borang pengisytiharan harta yang dikepilkan bersama dengan surat kontrak yang bakal ditandatangani oleh pemain berkenaan.Bukan sahaja para pemain tetapi para pegawai pasukan (bola sepak negeri) dan pengadil yang terlibat dalam Liga Malaysia juga harus mengisi borang pengisytiharan harta itu
Posted on: Sat, 19 Oct 2013 18:02:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015