FAM, ulat dan tiket Ahmad Nazri Khamis, Bola sepak adalah satu - TopicsExpress



          

FAM, ulat dan tiket Ahmad Nazri Khamis, Bola sepak adalah satu jenis sukan yang popular seluruh dunia sehinggakan kerana sukan ini wujud pelbagai jenis perjudian yang sukar dibenteras sehinggalah ke hari ini. Banyak kelompok-kelompok tertentu sangat aktif mengambil peluang dan kesempatan daripada kelemahan ruang sistem yang ada untuk meraih keuntungan daripada aktiviti sukan bola sepak. Malaysia, negara yang dicintai ini juga tidak asing daripada aktiviti yang tidak sihat itu malah aktiviti tersebut seolah-olah ‘mendapat perlindungan’ daripada pihak tertentu. Bercakap soal tiket perlawanan yang sering menjadi isu sehinggakan ada penyokong pasukan merusuh semata-mata untuk mendapatkan tiket yang dikatakan habis dijual. Persoalannya sekarang, apakah benar tiket perlawanan habis dijual? Sedangkan banyak lagi kelab bola sepak, ahli-ahli kelab dan penyokong masih tidak memperolehi bekalan tiket untuk mereka. Seorang rakan beritahu saya, beliau telah menyewa sebuah bas membawa penyokong dari Johor sehingga artikel ini saya tulis beliau dan rakan-rakannya masih belum dapat tiket yang ditempah. Saya kira bukan beliau dan rakan-rakannya sahaja yang tidak dapat tiket malah ramai lagi penyokong Johor di luar sana yang masih menunggu tiket ‘jatuh dari langit’, harga tiket RM40 sahaja, “tak tau lah aku kalau ada ulat amik peluang mau jual dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal, soalnya sapa spesis yang jual pada ulat tu ea?”… Kenapa perkara mudah beginipun tak mampu diatasi oleh FAM? Saya kira FAM ada caranya, apapun saya ada cadangan untuk FAM fikirkan; 1. Selaraskan jumlah tiket yang ingin dicetak mengikut purata peminat negeri-negeri dalam satu-satu perlawanan. (FAM lebih maklum jumlahnya) 2. Serahkan tiket yang dicetak kepada Majlis Sukan Negeri 3. Kelab, ahli kelab atau penyokong yang ingin dapatkan tiket mesti mendapatkannya dari Majlis Sukan Daerah di mana mereka tinggal(kecuali dalam hal-hal tertentu) 4. Tiket dibekalkan oleh Majlis Sukan Negeri kepada Majlis Sukan Daerah dan semua Kelab atau penyokong diminta dapatkan dari daerah masing-masing. 5. Jumlah tiket yang perlu dibekalkan oleh Majlis Sukan Negeri kepada Majlis Sukan Daerah itu adalah mengikut jumlah yang difikirkan munasabah. 6. Bekalan tiket mestilah melalui Majlis Sukan bukan melalui ahli majlis ataupun individu-individu (sekiranya terdapat individu yang berkepentingan dan mencuri kesempatan maka akan gagal dan isu ini tidak akan selesai) Sebagai penyokong saya tidak perlu lagi menunggu berjam-jam untuk mendapatkan hanya satu tiket. Batu Pahat. 28 Jun 2013
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 07:15:15 +0000

Trending Topics



le="min-height:30px;">
GM MY RIDE OR DIES: Donna Patrice Moses, Charlene Smith, Angie
Chris Hedges was hated by #OWS because of some comments he made

DON BOSCO AT THE EDUCATIONWORLD INDIA SCHOOL RANKING 2013 In

Recently Viewed Topics




© 2015