Fadhilat Lailahaillallah. • Alhamdulillah – Segala Puji - TopicsExpress



          

Fadhilat Lailahaillallah. • Alhamdulillah – Segala Puji bagi Allah. Orang yang memuji akan Allah, kerana syukur atas nikmat-Nya, dan syukur ke atas nikmat itu menuntut tambah. • Firman Allah: “Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah kepada kamu.” • Hadis: Zikir paling afdal ialah lailahaillallah, dan doa paling afdal ialah alhamdulillah. ★→ Mengapa alhamdulillah disebutkan sebagai doa? Kerana kalimah itu adalah pujian. Dalam pujian itu, ada permintaan untuk ditambahkan lagi nikmat sedia ada. Seperti firman Allah di atas. ★→ Huraian bagi ‘ditambah’. Bukan bermakna secara literal ditambah. Tetapi secara psikologi nikmat yang ada berasa seperti banyak. Walaupun nikmat yang diterima sedikit, tetapi berasa banyak. Jika nikmat yang diterima banyak tetapi tidak berasa syukur, akan menjadi sikit. ★→ Jika bersyukur, akan berasa nikmat itu banyak. Jika tidak bersyukur, akan berasa azab Allah. Di dunia atau di akhirat. • Bila kita berbuat dosa, bukan dipandang berapa besar dosa itu, tetapi pandang kepada siapa kita berbuat dosa itu. • Bila menerima nikmat, bukan dipandang berapa banyak nikmat itu, tetapi pandang daripada siapa nikmat itu datang. • Nabi Sulaiman a.s. Allah anugerahkan kepada beliau nikmat sebanyak-banyaknya. Pemerintahan luas, harta banyak, banyak ilmu, boleh mengawal jin, isteri yang ramai (700), hamba 300. Lalu Nabi Sulaiman berkata, “Inilah kurniaan Tuhanku, untuk mengujiku samada bersyukur atau kufur. Sesiapa yang bersyukur, maka ia bersyukur untuk dirinya sendiri. Jika seseorang itu kufur, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya.” • Berbeza dengan kita, bila mendapat nikmat, menjadi lupa dan sombong kepada pemberi nikmat. Sedangkan pemberian itu hanya sementara, untuk menguji keimanan kita. • Hadis: Perkataan yang paling utama, yang aku pernah katakan dan nabi-nabi sebelum aku, iaitu lailahaillallah. • Hadis qudsi: Lailahaillallah itu kalamKu, dan barangsiapa yang mengucapkan kalimah itu, masuk ia ke dalam kubuKu, dan barangsiapa masuk ke kubuKu, sentosa ia dari seksaKu. ★→ Bila nak mati nanti, sebut lailahaillallah saja. Hadis: Barangsiapa yang menyebut lailahaillallah pada penghujung kalamnya, akan masuk syurga tanpa dihisab. ★→ Tak boleh ajar orang yang nak mati dengan kalimah lailahaillallah kalau nafasnya telah pendek. Cukuplah dengan Allah saja. Ataupun dah terlalu nazak sangat, cukup dengan sekali saja. Lailahaillallah…. ★→ Jika ia koma, sabda Nabi: Bacakan surah yasin kepada orang yang nak mati. Untuk memudahkan dia menghembuskan nafas terakhir. Baca 10 ayat lebih kurang, bisik di telinganya lailahaillallah. Mudah-mudahan rohaninya dengar. Kemudian sambung lagi 10- 20 ayat, kemudian bisik lagi lailahaillallah. Seeloknya orang yang nak membaca yasin itu, memang orang yang rajin baca yasin. ★→ Jika baca Yasin susah, baca ar-Ra’d, atau al-Waqiah. • Uqul mutakhayyilah. Akal membayang-bayangkan balik dosa-dosa dulu. Benda yang paling takut sebelum mati. Maka oleh itu, minta ampun dan bertaubatlah kepada Allah setiap hari. • Kisah Sa’ad al-Sulami r.a., sahabat Nabi s.a.w., orang kulit hitam. Sangat dikasihi oleh Nabi. Berangan sangat nak kahwin, tetapi setiap pinangan ditolak. Akhirnya Nabi menyuruh Saad meminang Atiqah, seorang perempuan yang cantik. Maka Saad pun pergi berjumpa dengan bapa Atiqah untuk meminang anaknya dan mengatakan bahawa Nabi yang suruh. Bapa Atiqah terperanjat kerana Saad dan Atiqah sangat jauh berbeza dari segi rupa. Lalu dia memukul Saad dan Saad lari lintang-pukang. Pada ketika itu, keluar Atiqah, menegur bapanya dengan mengatakan yang menyuruh Saad meminangnya ialah Nabi s.a.w. Kemudian bapa Atiqah turun semula dan mengejar Saad nak beritahu dia menerima pinangannya. Sampailah ke rumah Nabi s.a.w., Saad memberitahu pinangannya ditolak lagi. Kemudian bapa Atiqah pun tiba ke rumah Nabi dan menanyakan hal sebenar. Nabi membenarkan perkara yang diberitahu Saad. Maka Saad dinikahkan dengan Atiqah. Kemudian setelah selesai nikah, Nabi bertanya kepada Saad ada duit tak untuk bayar mas kahwin. Saad kata tiada, Nabi kata takpe, lalu menyuruhnya pinjam dari Abdul Rahman al-Auf r.a. dan Usman bin Affan r.a. Saad minta 300 dari Abdul Rahman, diberinya 500. Usman bin Affan pun beri terus duit kepada Saad. Tiba-tiba, tersebar berita orang Islam kena pergi berperang. Saad tidak beli barang kemas tetapi terus membeli seekor kuda dan topeng besi untuk berperang. Akhirnya Saad syahid. Nabi berkejar melihat Saad yang gugur. Meleleh air mata Nabi. Kemudian tiba-tiba Nabi senyum dan memandang tempat lain. Sahabat tanya kenapa sedemikian? Nabi menjawab, baginda sedih kerana baru melihat Saad akad nikah dah meninggal, kemudian senyum kerana baginda nampak bidadari berkejar-kejar memburu Saad, baginda pandang tempat lain pula kerana bidadari tadi lari laju sangat sampai terselak kain, maka Nabi pandang tempat lain. • Hadis: Barangsiapa mengatakan lailahaillallah, keluar dari mulutnya satu burung hijau yang ada 2 sayap putih dan bertatahkan mutiara. Naik burung itu ke langit dan berdengung di bawah Arasy seperti dengung lebah. Dan burung itu mempunyai 70 lidah memohon ampun kepada pemiliknya sehingga hari kiamat. Dan burung itu pada hari akhirat, akan menunjukkan tuannya kepada syurga. • Kalimah lailahaillallah ini dipanggil kalimah Islam, kalimah iman, kalimah syahadah. ★→ Mengapa kalimah iman, kerana ada suatu kisah semasa zaman Nabi s.a.w. dahulu, ada peperangan orang Islam dan orang kafir. Seorang kafir diburu dan akhirnya dapat. Sebelum dia ditikam, dia menyebut 2 kalimah syahadah, dan sahabat yang memburu menikam juga orang kafir tadi. Sampai kisah ini ke Nabi s.a.w. Nabi bertanya kenapa dia ditikam walhal dia telah mengucap. Sahabat menjawab balik, ya Rasulullah, masa tak perang tak mahu mengucap, nak mati baru mengucap. Nabi jawab, setiap orang yang mengucap 2 kalimah syahadah tak boleh buat apa, jangan soal apa yang di dalam hatinya, kerana soal apa yang ada di dalam hati diserahkan kepada Allah, bukan kerja manusia. ★→ Orang kafir yang nak masuk Islam, jangan tanya dia ikhlas atau tidak. Orang kafir mana tahu apa maksud ikhlas, biarlah dia masuk Islam dahulu, kemudian tahu apa maksud ikhlas. ★→ Hatta orang Islam sekalipun ada yang tidak tahu maksud ikhlas. Apatahkan lagi orang kafir. ★→ Bila ada orang kafir nak masuk Islam, biar dia mengucap dulu, kemudian baru berkhatan. ★→ Di dalam kalimah lailahaillallah, ada 20 sifat wajib Allah, 20 sifat mustahil Allah dan 1 sifat harus Allah. Kemudian muhammadur rasulullah ada 4 sifat wajib Nabi, 4 sifat mustahil Nabi dan 1 sifat harus Nabi. Jumlahnya ada 50 sifat dalam 2 kalimah syahadah. ★→ Ilah = Tuhan. Tuhan ialah setiap perkara yang disembah oleh manusia. Boleh jadi berhala, batu, pokok, hawa nafsu. Di dalam Islam, tiada tuhan.. melainkan Allah. ★→ Semasa nak tahlil, sebut Allah dahulu, kemudian baru sebut lailahaillallah. Kerana khuatir hanya sebut la ilaha kemudian mati. ★→ Dua kalimah syahadah ada 7 kalimat, maka akan terhapus dosa dari 7 anggota yang rajin buat maksiat. Hurufnya pula ada 24 huruf. Maka akan terhapus dosanya selama 24 jam. • Hadis: Barangsiapa yang menyebut dua kalimah syahadah, Allah membuat penyaksian kepada para malaikat-Nya, mengampunkan dosa orang yang menyebut. ★→ Apabila bangun untuk tahajud, sebelum solat tahajud, baca Allahuakbar 10 kali, Alhamdulillah 10 kali, Subhanallahi wabihamdih subhanallahil azhiim 10 kali, subhanallahi malikil quddus 10 kali, istighfar 10 kali, lailahaillallah 10 kali, au’zubillahi min diiqi dunya wa diiqi yaumal qiamah (berlindung dari kesempitan dunia dan akhirat) 10 kali. ★→ Waktu di padang Mahsyar 25000 tahun. • Hadis: Barangsiapa yang menyebut lailahaillallah dengan sebenar-benar ikhlas, masuk syurga. • Kisah: Ada suatu hari, ada seorang menziarahi kubur, tiba-tiba tertidur di kubur itu. Kemudian dia mimpi nampak orang di dalam kubur naik turun-naik turun. Tetapi ada seorang yang tidak, hanya termenung. Akhirnya di dalam mimpi itu dia bertanya kepada orang yang termenung, kenapa tidak turun naik dan bergembira macam orang lain? Jawabnya, dia dah meninggal lama dah, maknya tanamnya di sini dan kahwin lain. Lupa untuk mendoakan saya di sini. Kemudian orang yang bermimpi tadi cari mak kepada orang tadi. Lalu menjumpai dan maknya pun bersedekah doa kepada anaknya. Kemudian dia pergi semula ke kubur tadi dan tertidur lagi, dan mimpi balik dan berjumpa dengan orang yang bersedih tadi dan nampak dia sedang bergembira. ★→ Hadis: Nabi kata boleh untuk bersedekah bagi pihak orang yang telah mati. ★→ Maka jangan tunggu orang lain nak bersedekah kepada kita selepas kita mati, tetapi pada masa hidup inilah kita bersedekah kepada diri kita sendiri dengan beramal jariah seperti mewaqafkan harta. Supaya mengalir pahala selepas kita mati. Harta kita bukan harta yang kita simpan, tetapi harta yang kita sedekah kepada orang lain. ~Ustaz Ismail Kamus~ .
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 03:21:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015