Festival Filem Jepun kembali temui peminat di Malaysia KUCHING: - TopicsExpress



          

Festival Filem Jepun kembali temui peminat di Malaysia KUCHING: Festival Filem Jepun (JFF) kembali menemui peminat di Malaysia September ini untuk tahun kesepuluh. Festival kali ini akan menayangkan sembilan filem komedi hingga animasi sepanjang enam hari di Lembah Klang V dan empat hari di Pulau Pinang. Buat julung kalinya, festival kali ini akan menjelajah ke Malaysia Timur iaitu Kuching dan Kota Kinabalu. Tahun ini, JFF bakal membuka tirainya dengan filem baharu Ken & Mary yang difilemkan di Malaysia pada 2011. Ia akan menjadi filem perdana dunia memandangkan ia hanya akan dikeluarkan pada November di Jepun. Filem ini diarahkan oleh Fukasaku Kenta mengisahkan seorang bapa yang datang dari Jepun ke Malaysia untuk memutuskan pertunangan anak perempuannya. Filem ini menggandingkan pelawak terkenal Malaysia, Zizan Raja Lawak yang melakonkan watak rakan kolej kepada anak perempuan lelaki Jepun itu dalam filem ini. Dalam pada itu, JFF 2013 dianjurkan oleh Yayasan Jepun, Kuala Lumpur dengan kerjasama Golden Screen Cinema (GSC). Filem-filem ini akan ditayangkan di GSC, CityOne Megamall pada 26 hingga 29 September ini. Antara senarai filem bagi JFF 2013 selain Ken & Mary ialah The Kirishima Thing, Ogawa no Hotori-At River’s Edge, Until the Break of Dawn, The Chef of South Polar, Dearest, The Great Passage, Oblivion Island: Haruka and the Magic Mirror dan Detective Conan: Private Eye in the Distant Sea.
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 12:19:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015