Fungsi Dan Peranan Empat Anasir Dalam Diri Manusia Maha Besar - TopicsExpress



          

Fungsi Dan Peranan Empat Anasir Dalam Diri Manusia Maha Besar dan Maha Suci Tuhan yang menjadikan di dalam diri manusia ada empat anasir yang berfungsi dan berperanan Jasad, roh, nafsu dan akal yang merupakan satu pakej kejadian manusia yang luar biasa dan berperanan Keempat-empat anasir itulah yang bertindak bekerjasama satu sama lain menggerakkan manusia di dalam kehidupan Sama ada manusia sadar atau tidak sadar begitulah diri manusia itu bertindak di waktu hidupnya Kalau semua anasir itu sihat dan sama-sama dewasa dan matang ia akan jadi manusia luar biasa, tetapi jarang berlaku Peranannya sangat mengkagumkan, beruntunglah kalau satu bangsa itu ada rakyatnya begitu, bukan sahaja individunya beruntung Mari kita mengenal manusia lahir dan batinnya Agar kita kenal diri kita dan kenal juga orang lain dan mengenal watak dan sikap manusia untuk pandai mendidiknya Jasad lahir tidak perlu disebut karana mudah manusia mengenalnya Kita akan perkatakan tiga anasir yang penting saja kerana susah difahami oleh ramai manusia Tugas roh hanya merasa: Seperti rasa marah, rasa suka, rasa takut, rasa cemas, rasa sedih, rasa gembira, rasa senang, rasa meradang, rasa dendam, rasa sayang, rasa cinta, rasa simpati, rasa jijik, rasa dengki, rasa pelik, rasa lega dan sebagainya Nafsunya fungsi nya berkehendak atau merangsang: Tugas nafsu hanya merangsang dan berkehendak Kehendaknya boleh baik atau jahat, kehendaknya asalnya sangat terburu - terburu, rakus, tamak dan bakhil Kemahuannya sangat luar biasa, tidak ada batasnya, macam laut tidak bertepi, kalau hendak diikutkan badan boleh merana, tersiksa dan binasa Tugas akal lain pula, ia mempunyai peranan yang tersendiri Akal hanya memikir, mengkaji, mencari ilmu, menerima maklumat dan pengalaman, kemudian menilai, menapis, menyimpan dan mengeluarkan, Akal, I.Qnya pula ada enam kategori atau enam peringkat eloklah diketahui oleh ibu bapa, guru-guru dan para pemimpin Akal genius atau abqari, kekuatan berfikir yang luar biasa dan istimewa mungkin 100 juta, seorang di dalam satu zaman Akal ini mampu membuat teori, atau membuat penemuan-penemuan baru dikatakan membuat matan satu-satu ilmu Selepas itu akal cerdik, boleh dan mampu menghurai teori-teori tadi atau matan hingga mudah difaham oleh ramai Mungkin 10 juta, seorang sahaja yang mendapat I.Q ini Sesudah itu I.Q cerdik biasa, boleh memahami sebahagian apa yang sudah dihurai dan diperjelas jika seseorang itu diberi pelajaran yang cukup Golongan ini agak ramai, ibu bapa dan guru-guru, para pemimpin juga patut dapat menilai Di bawah ini hanya I.Q biasa, tidak cerdik dan tidak pula bodoh, itulah yang teramai di dunia ini Di bawah ini ada lagi I.Q, iaitu yang bodoh dan yang dungu tapi golongan ini tidak ramai bilangannya I.Q ini tidak mampu mempelajari ilmu-ilmu yang dalam dan tinggi-tinggi Kalau didorong pun tidak boleh pergi, mungkin setakat darjah rendah sahaja atau sekolah dasar Roh ada empat kategori pula, roh yang bercahaya, roh yang bersih, roh yang kabur dan roh yang hitam-legam Setiap peringkat roh ini ada hubungan dengan sejauh mana baiknya dan jahatnya nafsu Nafsu pula ada 7 peringkat: Ammarah nafsu yang sangat jahat, lawwamah nafsu yang lemah mujahadah, kerana itulah selalu sahaja mencerca dirinya Mulhamah nafsu yang sudah mula terpimpin dan terdidik tapi belum kuat, belum mendarah mendaging, masih di dalam kebimbangan ��lagi itulah nafsu orang yang soleh Nafsu mutmainnah, nafsu yang sudah tenang, ia tidak dapat lagi digugat oleh kesenangan mahupun kesusahan, sudah dapat darjat wali kecil Nafsu Radhiah, nafsu yang sudah redha apa sahaja yang telah ditentukan oleh Allah Taala sama ada senang mahupun susah Nafsu Mardhiah, nafsu yang Tuhan pula redha, Nafsu Kamilah kemuncak kebersihan nafsu, ini hanya ada pada rasul-rasul dan para-para nabi sahaja Jasad lahir ia hanya tentera-tentera atau pekerja-pekerja suruhan hati, ia hanya taat semata-mata sama ada kepada kebaikan mahupun kejahatan Jasad hanya perlu dijaga kesihatannya Agar mampu melaksanakan arahan hati, raja di dalam diri Jika ia sihat, ia akan cergas dan aktif serta tahan lasak melaksanakan kehendak raja diri iaitu kehendak hati Oleh itu kesihatan badan kenalah juga diusahakan dan dijaga Makanannya hendaklah diberi, zat-zat makanan yang boleh menjaga kesihatannya hendaklah diusahakan Keempat-empat anasir di dalam diri manusia bekerjasama satu sama lain jika ia hendak bertindak Sama ada tindakannya itu baik mahupun jahat Mula-mula hati atau roh (raja diri) merasa Kemudian rasa itu dihantar kepada nafsu, maka nafsu pun berkehendak atau merangsang untuk mahu bertindak Selepas itu ia hantar pula kepada akal bagaimana hendak melaksanakan, maka akal pula yang memikirkan Sesudah ada keputusan dari akal, ia arahkan seluruh anggota bertindak, untuk mendapatkannya Jika Tuhan kehendaki berjaya, maka berjayalah, jika Tuhan tidak mengkehendaki, maka gagallah Itulah dia manusia dan bagaimana dia berperanan, ketahuilah ilmu ini untuk pandai mendidik manusia Selesailah sudah, maaf kalau salah 1.6.2003 by ;Mursyidku Menjelang Zuhur & Asar
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 01:18:27 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015