GARIS PANDUAN KESELAMATAN BIL. 2 TAHUN 2013 KEPADA WARGANEGARA - TopicsExpress



          

GARIS PANDUAN KESELAMATAN BIL. 2 TAHUN 2013 KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR 1. MAKLUMAT AM 1.1. Garis Panduan Keselamatan Bilangan 2 Tahun 2013 dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) kepada semua warganegara Malaysia di Mesir bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kekacauan yang dijangka diadakan oleh penyokong tentera Mesir dan penyokong anti rampasan kuasa dari 4 hingga 6 Oktober 2013. Garis Panduan ini merupakan susulan kepada beberapa siri garis panduan, nasihat perjalanan, kenyataan akhbar dan makluman yang dikeluarkan sebelum ini sama ada oleh KBMK ataupun Kementerian Luar Negeri Malaysia. 2. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 2.1. Tidak keluar rumah/ kediaman khususnya pada 4-6 Oktober 2013, melainkan jika benar-benar perlu; 2.2. Menghindari kawasan tumpuan perhimpunan dan tunjuk perasaan; 2.3. Tidak melibatkan diri dalam sebarang jenis perhimpunan atau tunjuk perasaan; 2.4. Berjalan secara berkumpulan (sekurang-kurangnya 3 orang) terutamanya pada waktu malam; 2.5. Mengelak diri daripada memberi sebarang komen, ulasan atau memaparkan sebarang simbol mengenai politik dalaman Mesir kepada mana-mana individu atau organisasi, termasuk melalui facebook, twitter, blog dan laman media sosial yang lain. Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar tidak campur tangan di dalam urusan dan hal ehwal mana-mana negara (non-interference policy); 2.6. Tidak membawa sebarang bahan bacaan mengenai situasi politik di Mesir, termasuk bahan-bahan bacaan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu; 2.7. Semua warganegara Malaysia yang berada di Mesir dinasihatkan supaya mendaftar dan sentiasa mengemaskini butiran diri dengan Unit Konsular, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah melalui salah satu daripada kaedah berikut: 2.7.1. mengisi borang secara atas talian (online) di: kln.gov.my/web/guest/ekonsular; 2.7.2. mengirim emel dengan menyertakan butir-butir peribadi dan alamat perhubungan kepada alamat emel: [email protected]; 2.7.3. menghubungi Kedutaan Besar Malaysia Kaherah pada waktu pejabat di nombor telefon (+2) 02 3761 0013 (Encik Ahmed el Wassiff, Unit Konsular Kedutaan Besar Malaysia Kaherah). 2.8 Bagi pelajar Malaysia yang berada dan akan pulang ke Mesir sila mendaftarkan diri di laman web Pejabat Education Malaysia Egypt (EME): educationmalaysiaegypt.net. EME juga boleh dihubungi di alamat emel: educationmalaysiaegypt@yahoo dan facebook/educationmalaysiaegypt.net. Kedutaan Besar Malaysia Kaherah 3 Oktober 2013
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 19:22:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015