Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendesak - TopicsExpress



          

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan maklumat pengedar dan mengadakan demontrasi penggunaan dakwat kekal sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut. Selain itu, Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar), berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga meminta butiran mengenai kandungan dakwat, keputusan ujian makmal, kos keseluruhan dan lain-lain perkara. “Jika semua tidak mahu didedahkan SPR, kami tidak akan mempercayai dakwat kekal ini. Kita sudah alami pengalaman perit semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Pastinya kita tidak mahu ia berulang. “SPR harus mendedahkan komposisi bahan kimia dalam dakwat kekal dan mengadakan demonstrasi penggunaan dakwat kekal yang baru itu kepada orang ramai,” . Dalam pada itu, Ambiga berkata Bersih akan terus mendesak kepimpinan SPR sedia ada supaya meletak jawatan dan tidak mengepalai PRK Kuala Besut. “Pendirian kami masih sama berhubung hal ini dan tidak pernah berubah. “Jika kepimpinan SPR yang sama mengendalikan PRK kali ini, pastinya orang ramai bertambah hilang kepercayaan kepada SPR,” katanya. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula menyifatkan penipuan dakwat kekal dalam PRU13 tetap tidak dapat dimaafkan sekalipun SPR menggunakan dakwat kekal baru dalam PRK Kuala Besut. “Menggunakan dakwat kekal yang baru tanpa berterus-terang dengan kegagalan dakwat kekal yang lepas, SPR cuba menyembunyikan kegagalannya. “Jika SPR profesional untuk menjalankan PRK Kuala Besut, SPR harus selesaikan kemelut dakwat kekal pada PRU lalu,” katanya kepada The Malaysian Insider. Rafizi juga mengulangi tuntutannya mendesak SPR untuk mendedahkan siapa pembekal dakwat kekal pada PRU13. “Begitu juga dalam PRK Kuala Besut. SPR harus telus memaklumkan pembekal, menjemput orang ramai untuk uji dakwat kekal dan siar laporan kimia dakwat berkenaan kepada umum. Sementara itu, Fellow Kanan di Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS), Prof. Dr James Chin menganggap penggunaan dakwat kekal sebagai prosedur biasa semasa pilihan raya dan diamal semasa PRU13 lalu. "Isu pembekal dakwat kekal baru hanyalah satu cara SPR bagi membersihkan nama kerana kita semua tahu prestasi SPR sangat buruk dalam mengendalikan PRU13," katanya. Penganalisis politik dari Universiti Pengurusan Singapura, Prof Madya Dr. Bridget Welsh pula berkata, SPR harus memastikan daftar undi pada PRK kali ini benar-benar telus dan menjadikan kesilapan dalam PRU13 sebagai iktibar. SPR mengumumkan PRK Kuala Besut diadakan 24 Julai dan hari penamaan calon pada 12 Julai 2013. Tarikh pengundian awal berlangsung pada 20 Julai dan pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh dilantik sebagai pegawai pengurus pilihan raya. Sembilan pusat mengundi dibuka untuk pengundian iaitu satu pusat mengundi awal dan lapan pusat mengundi pada hari biasa. Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik dan anggaran kos PRK ialah RM760,000. Daftar Pemilih pada PRK kali ini ialah Daftar Pemilih Induk 2011, 2012 dan suku pertama 2013 yang dikemas kini sehingga 26 Jun tahun ini.
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 07:31:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015