Gangguan hormon punca tiroid Banyak faktor menjadi punca penyakit - TopicsExpress



          

Gangguan hormon punca tiroid Banyak faktor menjadi punca penyakit tiroid. Antaranya ialah kekurangan iodin dalam makanan yang perlu bagi penghasilan hormon tiroid. Sel tiroid satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin daripada makanan yang dicerna. Kelenjar tiroid akan membesar dalam usaha menambah pengeluaran hormon. Ada tiroid dipanggil Autoimmune Graves Disease (penyakit Graves) iaitu bengkak disebabkan gangguan autoimun yang membawa kepada pengeluaran berlebihan daripada kelenjar tiroid. Hormon yang keliru menyerang pertahanan tubuh diri sendiri. Penyakit Graves menyebabkan kelopak mata tertarik ke dalam dan mata putih di bahagian atas boleh dilihat dengan jelas. Kadangkala, ada pesakit mengalami bengkak di sekeliling mata, sekali gus merubah wajah asal. Ada masalah tiroid disebabkan baka atau keturunan tetapi kes seumpama itu tidak banyak. Sila kongsi atau komen jika ia boleh memberi manafaat. Rawatan dan sihat tanpa ubat
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 16:24:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015