Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang Keseimbangan - TopicsExpress



          

Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami >>>>Khas untuk masalah berat berlebihan yang sukar hamil. INBOX KAMI
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 03:57:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015