Gdansk: Pemain tengah Barcelona, Xavi percaya kehadiran bintang - TopicsExpress



          

Gdansk: Pemain tengah Barcelona, Xavi percaya kehadiran bintang Brazil, Neymar akan membantu Lionel Messi untuk memberikan impak lebih berkesan dalam memperkemaskan barisan juara Sepanyol itu. Neymar membuat penampilan sulung bersama Barcelona ketika mereka seri 2-2 dengan kelab Poland, Lechia Gdansk, awal pagi kelmarin tetapi tidak dapat bergandingan dengan Messi kerana pemain Argentina itu sudah dikeluarkan. Kebimbangan dinyatakan sesetengah pihak mengenai keupayaan Neymar untuk beraksi bersama Messi tetapi Xavi menegaskan bahawa kedua-dua pemain itu akan menjadi lebih baik apabila digandingkan bersama. Neymar ditakdirkan hadir ke sini untuk memberikan kelainan. Dia memiliki kelajuan dan turut berkemampuan menjaringkan banyak gol. Dengan memiliki Messi, Neymar dan semua pemain lain, ia pastinya membantu kami untuk meningkatkan tahap permainan setiap pemain. Fabregas tidak ke mana Pemain hebat akan saling memberikan yang terbaik antara satu sama lain. Saya pasti Neymar akan menjadi lebih baik apabila bersama Messi dan begitu juga sebaliknya. Kami akan bantu dia untuk cepat menyesuaikan diri, berasa gembira dan dapat mempamerkan aksi terbaik sama seperti ketika dia beraksi untuk Brazil, kata Xavi. Xavi turut mengulas mengenai masa depan Cesc Fabregas yang terus menjadi buruan Manchester United dengan mengatakan bahawa rakan sepasukannya itu akan terus komited untuk kekal bersama Barcelona. Dia (Fabregas) nampak tenang. Dia masih dalam kontrak dan semua itu spekulasi. Dia terus berlatih bersama rakan sepasukan lain, cuba meningkatkan prestasi dan cukup bermotivasi. Ia hanyalah khabar angin. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti tetapi dia tetap tenang dan bersedia untuk mengharungi musim baru bersama Barcelona, jelas Xavi. - Agensi
Posted on: Fri, 02 Aug 2013 04:10:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015