Global Kumpul bukti untuk dakwa Nur Misuari Mindanao: Pihak - TopicsExpress



          

Global Kumpul bukti untuk dakwa Nur Misuari Mindanao: Pihak berkuasa polis di Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM) semalam berkata, mereka masih mengumpul bukti sebagai persediaan untuk mengemukakan tuduhan terhadap pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) kerana mengisytiharkan kemerdekaan Mindanao. Pengarah Polis ARMM Ketua Superintendan Noel Delos Reyes berkata, polis di Sulu dalam proses mengumpul maklumat itu dan kenyataan saksi yang hadir ketika Misuari membuat pengumuman berkenaan. Misuari dilapor mengisytiharkan kemerdekaan Mindanao, Sulu dan Palawan serta Sabah di Malaysia yang dinamakan Republik Mindanao dengan pusat pentadbiran di Bandar Davao. - Agensi
Posted on: Sat, 24 Aug 2013 05:17:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015