Golongan Penghasut Mahu Mengeluarkan Sabah Dari Malaysia Di - TopicsExpress



          

Golongan Penghasut Mahu Mengeluarkan Sabah Dari Malaysia Di Kesan? Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerinya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengesan golongan penghasut yang mahu mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Beliau berkata golongan tersebut yang menjalankan gerakan secara terbuka sejak beberapa tahun lepas dan bersembunyi semasa berlaku pencerobohan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini, kini dipercayai kembali aktif. Sekarang, apabila keadaan sudah aman selepas penceroboh kita halau keluar, golongan yang menyembunyikan diri semasa pencerobohan kelmarin bersuara semula dan melaungkan kembali kata-kata ‘Sabah is for Sabahan’ (Sabah untuk rakyat Sabah),” kata Hishammuddin. Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai gerakan hasutan itu yang dibuat melalui laman Facebook dan media sosial, yang dikatakan cuba menyemai kebencian penduduk Sabah terhadap Semenanjung Malaysia. Dalam konteks nyawa kedaulatan negara bangsa, kita tidak memilih bulu dan sentiasa konsisten dengan tanggungjawab kita. Justeru mana-mana pihak yang hendak suruh Sabah keluar (dari Malaysia) perlu melihat bahawa yang terkorban dan gugur (dalam mempertahankan negeri itu dari pencerobohan pengganas Sulu) ialah polis dan tentera dari Semenanjung dan juga dari Sabah dan Sarawak. Lapuran berita bergambar sepenuhnya...
Posted on: Mon, 23 Sep 2013 06:24:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015