Google+ Gmail Web Sites more All Docs MAKLUMAN OPENBOXMALAYSIA 11 - TopicsExpress



          

Google+ Gmail Web Sites more All Docs MAKLUMAN OPENBOXMALAYSIA 11 Julai 2013 Salam. Saya memohon maaf diatas masalah server ang dihadapi dua tiga hari ini... Untuk makluman tuan/puan, ada 2 kad kena block dan saya sedang usaha untuk recover. Astro sedang buat operasi besar besaran untuk kesan pemilik dan tokey server. Kesan daripada ini, menyebabkan scrambled memandangkan beberapa server telah terjelas. Harap maaf diatas kesulitan yang berlaku. ============================================================================ Update : 13 Julai 2013 Salam sejahtera, Server menghadapi beberapa masalah berpunca operasi penutupan dan penangkapan pihak astro. Beberapa kad di server kongsi telah kena blok kerana suspek dan akibatkan server menghadapi masalah. Jadi, server dalam keadaan berjaga2 dan berusaha untuk kekal online, beberapa channel termasuk astro first dan best tidak dapat disediakan dalam masa terdekat. Ramai pengusaha server bertindak menutup terus server dan bergelap semua channel. Jadi jika server kongsi bergelap beberapa channel moga tak menjadi masalah. Lebih baik server berjaga2 dengan bergelap beberapa channel daripada bergelap terus. Saya mohon maaf di atas masalah yg berlaku. Harap maklum. ================================================================== Update 15 Julai 2013 Salam Sejahtera, Pihak astoro telah mengadakan penghapusan besar-besaran dengan menutup akaun kad yang disyaki dan menjejaskan operasi Kongsi kerana LEBIH SEPARUH kad kongsi telah ditutup. Namun server masih berjalan tapi dengan keadaan yang sangat tenat. Usaha untuk menstabilkan server sedang dijalankan dengan ikhtiar tertentu. Keadaan dijangka akan kembali stabil pada hujung minggu ini.Saya sedang cuba sehabis tenaga untuk mengekalkan server kongsi. Mohon tuan-tuan bersabar dan terus menyokong Kongsi. Mohon ampun dan harap bersabar. Terima kasih. -================================================================ Update 16 julai 2013 Sy cuba buat alternatif bagi menghilangkan kegusaran para pelanggan.. Hal ini krn server sedia ada dlm proses pembaikian server. Dan sedikit sbyk makan sedikit masa. Sy pun x larat trima berpuluh panggilan telefon, sms, dan whatsapp dlm satu masa. Jadi sy rasa alternatif ini perlu. Jadi bagi sesiapa yang berminat utk mendapatkan akaun sementara, boleh dptkan dgn sy dgn harga rm13 utk 1 bulan..tp tidak full channel.Cthnya spt : AOD tidak ada.. Ini krn server baru ini dr provider lain bkn dr provider sedia ada..Apapun ini adalah langkah sementara shj krn skrg dlm proses pembaikian server. (SERVIS TIDAK LAGI DISEDIAKAN KERANA KAD INI TELAH DI BLOCK) 16 Julai 2013 / 2 :18:25 PM Untuk makluman tuan / puan, perkara ini bermula apabila ada notis larangandaripada pihak SKMM berhubung penggunaan decoder Skybox, Openbox, Dreambox, Alphabox dll. Sila rujuk gambar di bawah : atau ke link ini : NOTIS SKMM Bagaimana cara sekatan ini berlaku. Pihak Astro menyekat pengguna yang memakai Kad Gold Card SmartCard kerana pembinaan Card Sharing yang digunakan utk membuat cline untuk decoder Skybox,Openbox,Dreambox, Alphabox dan lain-lain memerlukan gold card astro sepenuhnya untuk dipacu pada Server Rack. Oleh kerana pihak Astro tidak dapat detect siapa yang provide card sharing, maka pihak astro telah menyekat sebahagian pelanggannya secara rawak yang melibatkan pengguna yang memakai decoder astro yang lama (decoder warna Silver) dan pemegang kad Gold Card Smart Card Astro. Menyedari hal ini, user astro akan menghubungi Astro Center dan membuat aduankerosakan siaran. Maka ketika itulah pihak Astro akan mengutip data customernya dengan bertanya itu dan ini, dengan harapan dapat didetect user nya yang buat card sharing menggunakan Gold Card Astro kemudian report kepada SKMM utk tindakan susulan. Bagaimana operasi ini terhenti kepada User. Bila berlaku keadaan ini, maka server yang diLOG IN oleh para user Skybox, Openbox, Dreambox, Alphabox dan lain-lain yang memerlukan cline / sharing card akan terganggu. Ini bermaksud bukan server yang problem (server provider), tapi kad kad Gold Card Astro itu yang gagal beroperasi disebabkan block menyebabkan tidak mempunyai access ke server Astro. Masalah ini telah menyebabkan 85% pengguna Box Satelit di Malaysia yang pakai Cline seperti kita semua bergelap. Ini bermakna bukan dari provider Kongsi sahaja malah pengguna dari provider lain pun menghadapi masalah yang sama. Sama ada tuan / puan beli dengan saya ataupun tak, tetap akan menerima masalah yang sama. Berkenaan Offer. Saya ada offer seperti diatas, iaitu RM13 utk 1 bulan kegunaan. Namun setelah di test selama 2 hari, saya terpaksa menarik balik offer itu memandangkan ia pun sudah di block oleh pihak Astro. Projek pemutihan Astro ini membuatkan provider berputih mata. Semasa. Pada minggu lepas, seller besar seperti provider daripada Johor, Penang, Serawak sudah bergelap. Cuma kongsi lambat skit bergelap kerana Astro buat projek pemutihan secara berperingkat. Permohonan Maaf. Saya memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Ini kerana perkara ini adalah diluar bidang kuasa dan jangkaan saya sebagai seorang seller. Masa kedepan apa yang pihak astro lakukan adalah sesuatu yang tidak diduga. Saya juga memohon maaf sekali lagi kepada mereka yang mendesak dan minta refund daripada saya, dan yang tidak berpuas hati hingga memaki hamun, dan menganggap ini adalah penipuan, kerugian dan sebagainya. Sebenarnya semua pihak menanggung masalah ini, terutama kepada pengguna Box Satelit ini hampir di seluruh Malaysia. (bukan beli dari saya pun tetap bermasalah). Terima kasih juga saya ucapkan kepada pelanggan-pelanggan saya yang lama, yang terus setia dan bersabar menggunakan servis saya lebih dari 1 tahun dan memahami masalah dan kondisi ini. Saya juga memohon maaf jika tidak mengangkat panggilan telefon, tidak reply SMS, Whatsapp, dan email tuan tuan. Hal ini kerana saya terima berpuluh-puluh call/sms/whatsapp dalam satu masa hingga mengganggu makan minum, urusan keluarga dan sebagainya. Apapun, antara perkara besar yang tuan puan kena tahu, penggunaan decoder ini adalah tidak kekal. Satu masa nanti akan tetap dihentikan penggunaannya. Cuma cepat atau lambat sahaja. Inilah risiko yang tuan kena pikirkan sebelum membeli box Satelit ini. Harapan dan Langkah Yang di Ambil. Sekarang ini provider sedang berusaha mendapatkan kad kad Astro yang baru memandangkan kad kad yang telah diblock tidak boleh diaktifkan lagi diatas sebab sebab keselamatan.(Baca tulisan merah diatas). Provider Kongsi akan mendapatkannya pada minggu ini juga, dan akan mulakan operasi server paling lewat ADALAH PADA HUJUNG MINGGU INI. Diharap tuan/puan bersabar. Sekian dimaklumkan. Harap penjelasan ini difahami. ========================================================================== 22 JULAI 2013 5:45 AM Assalamualaikum Warahmatullah.. 1) Sekarang ini heboh di Internet di kalangan pengguna Astro krn mereka paksa customer lama mereka yg pakai dcoder lama (Silver + Gold Card) supaya menukarkan dcoder kpd decoder beyond... Pihak Astro hubungi Customer mereka dan tulis di bill Astro bkenaan penggunaan dcoder beyond.. Setelah itu mereka block siaran kpd pengguna dcoder lama, dan apabila pengguna dcoder lama menghubungi pihak astro maka mereka memberi alasan tak munasabah seperti mengatakan kpd pengguna Astro bahawa decoder mereka telah rosak dan perlu tukar kpd Beyond.. Utk makluman, penukaran dcoder lama kpd beyond ini perlu dibayar (sesetengah pelanggannya x perlu bayar), dan bila keadaan ini berlaku lah ia telah memberi kesan kpd pengguna skybOx,OpenBox,DreamBox dll box satelit krn provider pakai kad lama (Gold Card) utk sharing card kpd customer 2) Provider sy cuba menggantikan kad baru ke server, (4 hari lepas), dan ketika itu pengguna dpt melihat siaran biarpun tak semua siaran.. (Lingkungn jam 7pm sehingga 10pm) Namun ia tak bertahan lama kerana pihak astro bertindak block kad berkenaan pula. Maka kerana itulah provider berjaga2 untuk menukarkan kpd kad baru kerana pada waktu ini astro masih giat jalankan operasi, dan jika tukar kad baru pun ia tak bertahan lama. Hal ini boleh merugikan pihak provider yg berusaha keras cari kad2 baru utk keselesaan pengguna. 3) Berkenaan Jaminan Pulih..Kali ini sy tidak mahu beri sebarang jaminan pulih (Penggantian kad baru dlm masa terdekat) lagi kpd pengguna kerana perkara ini telah menjadi masalah besar dan jangkaan pulih sepenuhnya mungkin mengambil masa yang panjang. Semua pengguna skybox di Malaysia menghadapi masalah sama (biarpun tak beli dgn saya) dan pengguna Astro (pengguna dcoder lama + gold card) pun hadapi masalah sama. Jika tuan/puan nak bertukar kpd Astro sama ada Njoi atau Astro beyond, maka dipersilakan. 4) Saya juga tidak akan buat sebarang refund kpd pelanggan kerana saya kira pelanggan tahu risiko nya bila pakai decoder2 ini. Jika tak berlaku sekarang pun, lambat laun berlaku juga. Dan perlu diingatkan sekali lagi, semasa tuan puan beli dgn saya, saya tidak pernah menawarkan waranty server, yang ada hanyalah waranty decoder. (check email tuan2 semasa berurusan dgn saya dulu). Saya tak pernah bagi jaminan waranty server krn apa yang pihak astro lakukan adalah diluar bidang kuasa kami.(Kita hanya menumpang). Dan saya nasihatkan kpd pengguna,agar menilai perkara ini dari sudut umum, bukannya individu semata2. 5) Dan kepada pengguna yg hanya beli, guna dcoder (tak ambik kira risiko langsung) dan bila blaku pkara ini menyalahkan/maki hamun seller dan provider, sy tidak akan melayan panggilan/call, Sms & Whatsapp anda. Dan kepada pengguna yg hubungi pihak Astro report skybox openbox Tuan/ puan tak boleh dapat siaran, beringatlah.. Beringatlah dan sedarlah tuan puan bukan lagi pengguna Astro. Jgn menempah maut dengan report perkara ini kpd pihak Astro. 6) Perlu ditegaskan sekali lagi, PAHAMI MASALAH YANG BERLAKU. masalah ini tidak berpunca daripada server kongsi. Tetapi berpunca drp Pihak Astro yg block kad penggunanya sendiri. Kita hanya kena tempias krn provider pun pengguna Astro utk sharing card dgn user. Sy memohon maaf atas apa yg berlaku..Saya memohon maaf jika lambat/lengahkan reply sms/call/Whatsapp tuan tuan..Saya juga memohon maaf jika terkasar dalam menyampaikan maklumat ini ========================================================================== MAKLUMAN DAN ALTERNATIF : Seperti yang anda sedia maklum, astro telah pun mengambil action utk memblock kesemua channel di astro daripada di sharing. Hal ini disebabkan pihak Astro cuba block Gold Card yang digunapakai pada decoder Silver (Decoder Astro Lama) dan menyebabkan semua pengguna Astro yang pakai decoder lama bermasalah. Memang tak dinafikan, masih ada server yg masih beroperasi namun dengan kuantiti channel yang sangat sdikit & mimimum. Paling tinggi pun dalam 10 Channel, dan hal ini akan berlarutan kerana pihak Astro akan terus menerus memotong satu persatu channel sehinggalah card tersebut di block dengan cara perlahan-lahan. Untuk mengaktifkannya semula, owner perlu membuat panggilan kepada pihak Astro utk aktifkan semula, dan disini mereka akan mengutip data pelanggannya (termasuk provider server) lantas mempromosi pemasangan Decoder Beyond (yang sudah pastinya pakai Black Card Beyond). Buat masa ini, card beyond masih belum boleh di sharing kerana security kad tak menerima data sharing di Oscam server. (( Selingan : Bagaimana Astro block kad Penggunanya? Bila buka sahaja decoder Silver, tertulis " Please Insert Your Astro Smart Card ". Card pihak Astro utk melaporkan, dia akan kata wajib bertukar ke decoder baru )) APAKAH ALTERNATIF ANDA SEKARANG? Seperti yang saya katakan, saya tidak lagi memberi apa apa harapan kepada tuan/puan. Hal ini kerana tindakan pihak Astro yang block kad usernya sendiri adalah diluar bidang kuasa kami sebagai pengelola server sharing card. Kami telah buat sedaya mungkin untuk menghidupkan kad-kad yg baru diperoleh., dan cuba untuk memasang kad baru (yang baru diterima) namun sayangnya, hanya bertahan selama 3 jam sahaja sebelum di block. Disini saya ingin memberikan Alternatif kepada anda. Anda masih boleh melihat siaran di kaca TV anda, dengan beberapa cara ini : 1) Masih ada cline yang beroperasi, tapi dengan kuantiti channel yang teramat sedikit. Setakat ini yang dapat maxima 10 Channel sahaja. Dan itupun saya tidak tahu berapa lama lagi kad itu mampu bertahan. Anda boleh gamble untuk mendapatkan cline ini dan saya boleh membantu mendapatkannya, tetapi saya tidak bertanggungjawab diatas sebarang perkara yang berlaku. Seperti yang saya maklumkan, server tidak pernah dioffer waranty oleh mana-mana provider. 2) Tengok IPTV pada decoder Openbox X5. Minima internet connection mestilah 2Mbps. Sila lihat pada link ini untuk download IPTV Channel List. Saya akan update dari masa ke semasa : tinyurl/tutorialopenboxmalaysia 3) Tengok Movie dari Pendrive menggunakan Media Player pada decoder. Untuk makluman, Skybox F3,F5,X5 suport movie format dari pendrive atau External Harddisk yang berformat Avi,Mkv,Mp4. Jadi tuan tuan boleh download movie daripada Internet, atau download daripada Youtube (Movie daripada Youtube mestilah di download dalam format Mp4, Install pluggin Mp4 Youtube pada browser anda). Kemudian cucuk pada decoder tuan tuan, dan pilih Menu, Media Player. Anda boleh playback file movie tersebut disitu. 3) Tengok Youtube. Minima 1Mbps connection Internet. Boleh dilihat pada Openbox X5 dan Skybox F3,F5. Jika anda memakai internet connection yang perlahan, maka anda boleh Pause dulu, dan disarankan menggunakan Image quality yang rendah utk mengelakkan buffer yang kerap. Anda boleh menukarkan dengan menekan button INFO pada remote anda. - Youtube Terhangat : - The Arrival Malay Sub (Teori Konspirasi kedatangan Dajjal) 52 Episod. 3) Decoder anda masih boleh menembak satelit lain, contohnya menembak Indon Vision.Saiz minimum piring adalah : 65 cm (Piring Astro Lama warna Silver) Sebaiknya dish 75 cm (Piring Beyond). Anda boleh mendapatkan piring2 tersebut dengan Installer Astro. Sila rujuk gambar di bawah. Gambar ini menunjukkan 2 jenis piring yang digunakan untuk tembak Indon Vision. Sebagai makluman, untuk kos Cline tembak ke Indon Vision = RM 0. Tidak ada kos kerana Cline saya sudah support Indon Vision. Cuma kos LNB sahaja yang ada. Utk LNB Sband adalah RM220 siap pos, siap besi yang telah diejas. Pemasangan saya tidak buat, cuma boleh hubungi saya dahulu. Berkemungkinan lokasi anda ada sahabat saya yang boleh buat pemasangan. Link berkenaan Indon Vision : Pakej yang ditawarkan di Indon Vision : indovision.tv/packages . (Siaran yang boleh melebihi 80 siaran) Dari Lyngsat.Com : lyngsat/packages/indovision.html Sekali lagi saya memohon maaf atas perkara yang berlaku. Namun saya akan menolong tuan-tuan setakat saya mampu. Saya memohon maaf jika tidak menjawab panggilan tuan-tuan, dan lambat reply sms/Whatsapp tuan tuan. Hal ini kerana saya tidak ada jawapan yang boleh menggembirakan tuan tuan dalam masa terdekat ini. Dan saya juga tidak mahu memberi harapan memandangkan benda ini seolah telah sampai ke penghujungnya. Sa View in: Mobile | Desktop ©2012 Google
Posted on: Fri, 26 Jul 2013 23:17:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015