Grilled Kebab. Kebab Daging Panggang. Bon - TopicsExpress



          

Grilled Kebab. Kebab Daging Panggang. Bon Appetit. Bahan2nya 400gm Daging segar di potong ketul2... 1 sudu besar biji ketumbar - ditumbuk halus 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1/2 sudu teh serbuk jintan manis 1/2 sudu teh serbuk cili Garam dan gula merah secukup rasa 2 sudu besar minyak zaitun Cili Bol (3 warna ikut citarasa di potong dadu 4 persegi) Batang lidi yang sudah di rendam dalam air sebelum dipanggang Cara2nya Di mangkuk yang sederhana letakan serbuk ketumbar, jintan manis serbuk cili dan kunyit. Gaulkan supaya sebati, kemudian letakan isi ketulan daging dan gaulkan supaya sebati. Kemudian letakan garam dan gula merah secukup rasa. Tuangkan minyak zaitun dan gaulkan semua nya. Perapkan sekurang2 nya 1 jam. Bila sudah sedia nak panggang, siapkan api arang, kuali api gas atau oven pada suhu 200C. Ambil lidi yang sudah dibasah di rendam, ambil daging seketul dan cucukan pada lidi, kemudian letakan cili bol buat selang selikan daging dan cili bol nya secukup. Panggang ia di jaring pembakar dan panggang dalam 10mins. Pusingkan sentiasa supaa ia masak rata. Sajikan dengan salah citarasa masing. Boleh rengiskan dengan madu sedikit jika suka.Kalau panggang di oven panaskan oven pada suhu 200C sebelum memangang na dan panggang selama 10mins, balikan selepas 5 mins. Selamat mencuba.
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 07:06:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015