Group adalah merupakan syarikat pengilang minuman, ubatan - TopicsExpress



          

Group adalah merupakan syarikat pengilang minuman, ubatan berasaskan herba dan pemasaran yang beroperasi di Melaka. Bersesuaian dengan perkembangan syarikat, kami mempelawa calon-calon yang berwawasan dan berkelayakan untuk memenuhi jawatan- jawatan berikut: PENGURUS KILANG( 1 KEKOSONGAN) • Calon lelaki. Mempunyai Ijazah atau Diploma dalam bidang Pengurusan, Perkilangan, Pentadbiran Perniagaan atau setaraf. • Calon yang mempunyai pengalaman dan berkemampuan untuk mengurus operasi pengeluaran, kualiti, inventori dan penghantaran terutamanya dalam bidang F&B amat digalakkan untuk memohon. • Berkebolehan untuk mengurus kakitangan dan merancang operasi syarikat dengan baik. • Boleh berkomunikasi dengan baik untuk semua peringkat terutama pelanggan syarikat. • Mempunyai kenderaan sendiri dan bersedia membuat kerja luar apabila diperlukan. EKSEKUTIF OPERASI ( 1 KEKOSONGAN ) • Calon lelaki yang mempunyai Ijazah atau Diploma dalam bidang Pengurusan, Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan atau kelayakan setaraf. • Calon mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang pengurusan, pentadbiran atau kewangan. • Berkebolehan untuk mengurus kakitangan dan merancang operasi syarikat dengan baik. • Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. • Mempunyai lesen memandu kelas D dan mempunyai kenderaan sendiri EKSEKUTIF PRODUK ( 1 KEKOSONGAN) • Lelaki. Mempunyai Ijazah/Diploma dalam bidang Pembangunan Perniagaan, Pemasaran atau sebarang kelayakan yang • setaraf. • Calon yang mempunyai pengalaman akan diberikan keutamaan. • Boleh bekerja secara berkumpulan dan mempunyai kenderaan sendiri. EKSEKUTIF R&D (1 KEKOSONGAN) • Lelaki. Mempunyai Ijazah dalam bidang Teknologi Makanan/ Sains Biologi atau sebarang kelayakan yang setaraf • Boleh bekerja secara berkumpulan. PEREKA GRAFIK ( 1 KEKOSONGAN) • Lelaki. Mempunyai Diploma dalam bidang multimedia, grafik atau mana-mana kelayakan yang setaraf. • Seorang yang kreatif dan boleh memberikan idea berdasarkan keadaan semasa. • Boleh bekerja lebih masa dan bekerja dalam kumpulan dan mempunyai kenderaan sendiri. PEMANDU FORKLIFT DAN PEMBANTU STOR (1 KEKOSONGAN) • Calon lelaki. Boleh mengendalikan forklift. Calon mempunyai lessen atau sijil Forklift diutamakan. • Sihat tubuh badan dan boleh mengangkat barang berat. PEKERJA AM/ CLEANER ( 1 KEKOSONGAN) • Sekurang-kurangnya mempunyai SRP, boleh menulis dan membaca. Calon yang berminat sila hantar resume lengkap ke alamat di bawah melalui pos atau hadir sendiri ke alamat : Orang Kampung Holdings (M) Sdn. Bhd. No 3 & 5, Jalan Seri Emas 4, Tmn Seri Teluk Mas, 75460 Melaka atau Email : okhsb@orangkampung atau hubungi talian 06-2617081 / 06-2617018(En. Rahmat / Pn. Asiah) untuk sebarang pertanyaan.
Posted on: Tue, 20 Aug 2013 03:45:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015