============ HAKIKATNYA.... ============ Diciptakan manusia - TopicsExpress



          

============ HAKIKATNYA.... ============ Diciptakan manusia oleh Allah di mukabumi bukanlah hanya untuk bersenang-lenang mengecapi tipu daya dunia, tetapi Allah telah datangkan manusia ini di muka bumi sebagai khalifah NYA untuk mentadbir dunia ini agar mematuhi hukum-hakam dan peraturan yang telah Allah tetapkan. Allah sahaja yang layak menentukan peraturan bagi setiap ciptaan NYA. Ibarat sebuah televisyen jenama SONY, adalah mustahil manual pengguna dari jenama SAMSUNG digunapakai oleh pengguna untuk mengoperasikan peralatan tersebut. Begitu jugalah dunia dan alam ini, ianya ciptaan Allah, maka Allah sahajalah yang selayaknya menentukan peraturan yang wajib dipatuhi oleh makhluk ciptaan NYA. Peraturan selain dari apa yang Allah telah tetapkan adalah peraturan yang tidak mampu menyelesaikan permasalahan hidup manusia. Manusia kini kerana keegoan, mereka menilai sesuatu bukan menggunakan neraca hukum-hakam yang telah Allah sediakan, sebaliknya mereka menggunakan rasa naluri keseronokan nafsu ke atas duniawi sebagai kayu pengukur kebenaran dan kebatilan. Sebab itu tidak hairan di dunia kini, kita dapat saksikan dengan mata kepala kita sendiri, apabila hukum-hakam Allah diketepikan, dan peraturan ciptaan akal fikiran manusia yang lemah digunapakai, maka lahirlah kerosakan di lautan dan didaratan oleh hasil tangan manusia itu sendiri. Segala-galanya ialah kerana mereka tidak mahu menghukum dengan hukum-hakam yang telah Allah tetapkan. Hukum-hakam inilah diertikan dengan syariat.
Posted on: Tue, 15 Oct 2013 01:45:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015