HARI INI DALAM SEJARAH - Utusan Sultan Melaka Mengadap Maharaja - TopicsExpress



          

HARI INI DALAM SEJARAH - Utusan Sultan Melaka Mengadap Maharaja China Pada hari ini dalam tahun 1418, utusan Raja Melaka yang kedua Sultan Megat Iskandar Shah telah tiba di Peking. Rombongan Diraja itu adalah merupakan utusan yang ke-10 sejak negeri Melaka dibuka oleh Parameswara di awal abad ke-15. Seperti mana utusan sebelumnya, utusan kali ke-10 itu juga mempunyai tujuan yang sama iaitu bagi mengerat dan mengukuhkan lagi perhubungan antara Melaka dengan negeri China. Perhubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah mula terjalin sejak tahun 1405 lagi iaitu bermula dengan kedatangan utusan China ke Melaka yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching. Ekoran daripada ini pemerintah Melaka kemudiannya telah menghantar banyak utusan ke China dalam tahun-tahun 1405, 1407, 1409, 1411, 1412, 1413, 1414, 1415 dan 1416. Perhubungan yang wujud antara kedua negara memberikan kesan yang baik kepada Melaka, terutama apabila Maharaja Yung Lo memberikan pengiktirafan kepada Raja Melaka sebagai pemerintah yang sah serta mengiktiraf Melaka sebagai sebuah kerajaan. Di samping itu perhubungan ini menjadikan Melaka sebagai negeri naungan China dan menghantarkan ancaman Siam terhadap Melaka. Perhubungan yang terjalin antara kedua negara sejak Melaka dibuka, memberi erti yang besar kepada kerajaan Melayu Melaka. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik tersebut, Melaka bukan sahaja terselamat dari ancaman musuh, malah ia membantu Melaka memantapkan lagi sistem pentadbiran dan memperluaskan lagi aktiviti perniagaan di rantau ini. Sumber : Arkib Negara
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 03:11:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015