“Ha? Durian goreng!” Tanpa sedar, suara Khalif Zaffry pecah - TopicsExpress



          

“Ha? Durian goreng!” Tanpa sedar, suara Khalif Zaffry pecah tiga oftah. Terkejut bercampur hairan. Permintaan luar alam yang tak tahu macam mana boleh muncul dari si peminta. Kening sudah bertaut, kepala yang tak gatal digaru-garu. Cuba menyakinkan diri dan minda bahawa yang diminta bukanlah sesuatu yang bersifat asing. Malangnya gagal. Permintaan itu masih belum mahu keluar dari kepompong ‘tak pernah dengar diminta orang’. “Pelik sangat ke apa yang saya minta? Kalau aiskrim yang bersifat cepat cair tu pun boleh digoreng, takkan durian yang sah-sah pejal tak boleh. Ke awak tak nak tolong belikan untuk saya?” Nada rajuk sudah kedengaran. Wajah Kausar Ulfah juga sudah berubah. Cemberut! Inilah yang Khalif Zaffry lemah. Memujuk rajuk yang bukan senang untuk dibaik pulih. Dan memang dia jarang berjaya hanya dengan sekali percubaan. “Okey, beritahu saya di mana awak nampak orang jual durian goreng tu?” tanya Khalif Zaffry lembut. Wajah yang sudah ditindan mega mendung itu dipandang penuh kasih. “Errr... errr... errr...” Kali ini Kausar Ulfah pula yang menggaru kepala. Iya tak iya juga. Di mana ekk? Emm kalau aku kata dalam mimpi, agak-agak dia akan gelakkan aku guling-guling tak? Aduh! Macam mana ni? Sekeping hati sudah berperang sendiri. “Kausar,” panggil Khalif Zaffry bila melihat si pujaan hati sudah terkebil-kebil. “Sa... sa... saya tak tahu dan rasanya tak pernah nampak pun.” Nak tak nak, dia terpaksa juga mengaku. “Dah tu....” “Tapi saya nak makan sangat-sangat....” Airmata tiba-tiba jatuh berserak di pipi. Jiwa jadi rapuh tanpa dapat ditahan dibendung. Entahlah. Kausar Ulfah sendiri tidak pasti mengapa. Sejak sebulan dua ini, tekaknya sering meminta sesuatu yang pelik-pelik. Kemarin, dia mahu tapai pulut goreng, sebelum itu daging unta bakar, minggu lepas pau daging rusa. Jenuh Khalif Zaffry mencari. Selagi tak dapat, selama itulah Kausar Ulfah akan merajuk merengek. Yang lebih membuatkan jiwa lelaki itu nanar bila airmata pujaan hatinya beranak sungai di pipi. Memang dia tidak sanggup. Dalam tahan-tahan, terlepas juga keluhan berat dari ulas bibir Khalif Zaffry. Kondisi dia sendiri pun bukanlah sihat sesangat. Sudah sebulan dia rasa lesu-lesu badan. Macam demam tak demam. Selera makan pun tak berapa nak ada. Pening-pening lalat dan mual-mual aja gayanya. Mungkin kes yang berlambak membuatkan dia over stress ditambah dengan rehat yang tak berapa cukup. “Lieve, Ik wil eten gebakken durian (Sayang, saya nak makan durian goreng),” ucap Kausar Ulfah dengan muka yang sudah bersememeh dengan airmata. Sah! Memang dah sampai ke tahap kemaruk hingga tersampuk. Dek kerana durian goreng dia boleh tibai merengek dalam bahasa dutch. “Sé que el amor. Tapi saya nak cari di mana?” “Tak apalah. Maaf, saya banyak menyusahkan awak dengan permintaan yang tahapahapa.” “Querido...” Panggil Khalif Zaffry. Sebelum bunga-bunga rajuk itu kembang, lebih afdal dia berusaha menguncupkannya. “Okey, nanti saya tanya ibu atau opah. Mungkin mereka tahu pasal durian goreng ni ya. Dah, jangan nangis. Apa kata sekarang, kita keluar. Saya teringin nak makan ice-cream Häagen-Dazs Mint Chip.” “Wow! Sedapnya. Kita makan satay arnab sekali ekk.” Kausar Ulfah sudah teruja keseronokan. Sekejap saja wajah yang ditindan mega mendung bertukar cerah. Khalif Zaffry senyum sambil mengangguk. Dalam hati, tak putus-putus dia memanjatkan kesyukuran. Setidak-tidaknya untuk beberapa ketika, dia boleh mengalih tumpuan si pujaan hati terhadap durian goreng yang entah di mana gerangan berada.
Posted on: Wed, 30 Oct 2013 07:29:26 +0000

Trending Topics



e-the-topic-256837967857913">China Tourism Train Holiday Packages Inclusive Trips explore the
rgin-left:0px; min-height:30px;"> Our new Collection is just in ...Please do have a look ! You
Prediksi Skor Senegal vs Pantai Gading 17 November 2013 –
Akande Oladapo Jey Lamix OBAHIAGBONTICALLY BEWILDETED
/==JADWAL BOLA MALAM INI==/ 1. A-League AllStars vs

Recently Viewed Topics




© 2015