Hafiz Firdaus, seorang Pilot, tetapi gigih mencari Ilmu Islam. - TopicsExpress



          

Hafiz Firdaus, seorang Pilot, tetapi gigih mencari Ilmu Islam. Hasilnya, beliau berjaya menulis buku-buku Islam yang mengkritik sana-sini, tetapi tidak seorang ulama pun, sama ada yang pro atau kontra, berani memberikan jawapan lepas tangan kepada beliau seperti ini: "Aaaaahh!!!! dia (Hafiz) ni bukan ahli dalam bidang agama". Sebagai seorang yang berkelulusan kejuruteraan dan IT, saya juga mencari ilmu-ilmu agama, kalau boleh saya mahu segigih beliau. Tetapi kalau bercerita pasal agama dan tiba-tiba ada yang tidak bersetuju, maka senang-senang sahaja hujah-hujah saya diketepikan dengan alasan di atas. Bagaimana dengan kita pensyarah di UPNM dan lain-lain? Perpustakaan sudah cantik tersergam. Pernah masukkah? Berapa tingkat perpustakaan? Tingkat yang mana yang menempatkan nombor panggilan yang mana? Tahukah anda apa itu nombor panggilan? Dari pengamatan saya setelah bertahun-tahun mendalami ilmu-ilmu agama yang saya minati, ilmu agama ini tidak susah. Ilmu ini adalah hak asasi AKHIRAT yang paling mudah untuk dicari sebagaimana mudahnya kita mencari hak asasi duniawi kita, iaitu air dan udara. Malah, dari pengamatan saya juga, seseorang yang BUKAN berlatarbelakangkan pendidikan agama lebih mudah dan lebih cenderung mendapat ilmu agama yang lebih murni dan tepat. Kenapa? Kerana sebagai seorang yang tidak berpendidikan agama secara formal, pegangan kita belum tercemar. Ramai dari kalangan agamawan yang ilmu mereka tercemar mengikut seperti mana tercemarnya acuan yang mereka dapat dari sheikh-shiekh mereka. Saya berdoa untuk diri saya sendiri dan tuan-tuan sekalian yang berada di universiti, marilah ikuti contoh saudara Hafiz Firdaus. Peluang ada depan mata kita, dan kita belum terlambat.
Posted on: Fri, 06 Sep 2013 06:46:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015