Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang sering - TopicsExpress



          

Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang sering diterima selepas berkali-kali mencuba tidak semestinya bermaksud anda tidak subur. Untuk meningkatkan peluang hamil, ikuti panduan berikut. 1. Hentikan Penggunaan Kaedah Perancang KeluargaApabila anda bersedia untuk hamil, hentikan penggunaan apa jua kaedah perancang keluarga yang sedang digunakan. Tidak kiralah sama ada pil, suntikan, implan, IUCD ataupun yang lain-lain. Perlu anda ketahui, ada wanita yang berupaya untuk hamil sebaik sahaja berhenti menggunakan perancang keluarga. Namun, dalam keadaan tertentu, ada tubuh sesetengah wanita mengambil masa yang lama untuk memastikan hormonnya kembali normal. 2. Buang Tabiat BurukSebaik sahaja memutuskan untuk hamil, itulah masa yang terbaik untuk anda dan suami menghentikan tabiat suka merokok mahupun minum alkohol. Ini kerana rokok dan alkohol mengurangkan peluang anda berdua menimang cahaya mata. Malah jika hamil sekalipun, ia akan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran kurang berat badan. 3. Nikmati KepuasanAda sesetengah pakar berpendapat, kepuasan yang anda kecapi sewaktu bersama suami akan meningkatkan peluang kehamilan. Jadi, lupakan hal yang lain. Tumpukan perhatian anda sewaktu berasmara dengan suami. Nikmatilah keseronokan itu sepuas-puasnya. 4. Masa Yang SesuaiKetahui hari subur anda. Itulah kunci utama kejayaan untuk hamil. Tanpa mengetahui hari subur yang sepatutnya, peluang untuk sperma dan telur bersenyawa akan menemui jalan buntu. Apa lagi! Kiralah hari subur anda. Namun, untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat anda bolehlah dapatkan kit ovulasi di farmasi berdekatan. 5. Berat Badan SihatWanita yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Untuk mudah hamil, anda disarankan menjadikan senaman sebagai amalan harian. Lagipun, jika berat badan anda ideal, lebih mudahlah anda kembali langsing selepas melahirkan nanti. 6. RelaksSama ada tertekan atau mengalami kemurungan, kedua-duanya menyukarkan anda hamil. Jika anda beranggapan kesukaran hamil berpunca daripada masalah ini, lapangkanlah fikiran. Dapatkan bantuan daripada orang-orang tertentu jika masalah anda itu terlalu berat. 7. Kurangkan KafeinPenggemar kafein! Anda perlu kurangkan pengambilan minuman jenis ini. Jika dahulu anda minum sehingga tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan menyukarkan anda hamil. Selain itu, zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko anda menghidap anemia jika berjaya hamil kelak. 8. Sperma SihatUntuk mendapatkan sperma yang sihat, anda dan suami perlu sama-sama berganding bahu mewujudkan persekitaran mesra sperma. Jadi, elakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma. 9.amalkan pengambilan supplement seperti B-COMPLEX: Vit B, terutamanya Folic Acid adalah bahan genetik penting dalam telur dan sperma.Together dengan vitamin B12 dan B 6, asid folik berfungsi untuk memastikan kod genetik bayi anda intact dan meningkatkan kesuburan ZINC: Kekurangan zink boleh menyebabkan perubahan kromosom pada wanita dan lelaki yang menyebabkan ketidaksuburan.Zinc penting utk menghasilkan hormone estrogen dan progesterone dan membuat lapisan luar dan ekor sperma . OMEGA 3 asid lemak: Ini adalah penting untuk fungsi hormon dan mengawal keradangan yang boleh mengganggu uterus. Bagi lelaki, suplemen OMEGA 3 adalah penting kerana air mani adalah kaya dengan prostaglandin, yang diperbuat daripada lemak ini. SELENIUM: Membantu melindungi anda daripada radikal bebas, membantu untuk mencegah kerosakan kromosom, yang boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan keguguran serta membantu meningkatkan bilangan sperma. VITAMIN E: Satu lagi antioksidan kuat yang meningkatkan kesuburan apabila diberikan kepada lelaki dan wanita. Pengambilan VIt E meningkatkan 19-29% chances utk Hamil. Ingin hamil?dapatkan set kesuburan dari kami.ramai yang telah berjaya..berkat produk dan rezeki dari Allah s.w.t. Untuk set kesuburan Pm https://facebook/messages/353159238120925 Sms 0193532550 https://facebook/messages/353159238120925 facebook
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 05:00:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015