Harakah Kejayaan yang dicapai oleh Pakatan Selangor adalah bukti - TopicsExpress



          

Harakah Kejayaan yang dicapai oleh Pakatan Selangor adalah bukti bagaimana sekiranya semangat Pakatan dihayati dengan penuh keikhlasan, semua pihak akan mendapat keuntungan darinya. PAS adalah pihak yang paling untung hasil setiakawan yang tercapai melalui PR di negeri Selangor. Daripada empat kerusi pada 1999, kosong kerusi pada 2004, lapan kerusi pada 2008, sekarang pada 2013 PAS mencapai kemenangan di 15 kerusi. Ini merupakan kejayaan yang membuktikan keberkesanan pendekatan tersebut. Diharapkan sangat bahawa PAS, sebagai parti Islam, mampu menunjukkan keikhlasan setiakawanan yang sama. Keberkesanan Pakatan sebagai sebuah entiti dalam mengukuhkan kedudukan PAS serta parti komponen yang lain telah pun terbukti. Saya menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, khususnya golongan muda, untuk memahami keadaan dan realiti politik negara dan menghargai usaha pimpinan, sekarang dan dahulu, yang menghasilkan Tahaluf Siyaasi yang sedia wujud hari ini. Merobohkan apa yang telah dibina memang senang; membinanya memerlukan fatanah, kebijaksanaan, hikmah dan kematangan. Mencari punca untuk bergaduh amat senang dan ia boleh dilakukan oleh mana-mana samseng jalanan. Mencari asas untuk bersatu dan berdamai hanya mampu dilakukan manusia bijaksana. Saya yakin kebanyakan dari ahli dan penyokong PAS memahami bahawa usaha untuk mencetuskan perbalahan di antara PAS dan rakannya dalam Pakatan adalah perancangan yang dibawa Umno-BN. Ia tidak bertujuan memperkukuhkan kedudukan Melayu ataupun Islam, tetapi mengukuhkan kedudukan Umno-BN sendiri. >> Khalid Samad (AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen Shah Alam).
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 06:07:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015