Harga 15 barangan dipantau JOHOR BAHRU – Pemantauan dan kawalan - TopicsExpress



          

Harga 15 barangan dipantau JOHOR BAHRU – Pemantauan dan kawalan harga bagi 15 barangan keperluan sempena musim perayaan Aidilfitri akan dikuatkuasakan bagi tempoh 15 hari sebelum, semasa dan selepas perayaan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, jawatankuasa pemantau disertai 22 agensi kerajaan dan 28 badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan bagi mengawal kenaikan harga barang. “15 barangan kawalan berkenaan termasuklah ayam hidup, telur, daging tempatan dan import, kerbau import, sayur dan hasil laut. “Manakala, jawatankuasa pemantau terdiri daripada agensi kerajaan, pemborong, peniaga dan pembekal bagi memastikan barangan keperluan musim perayaan dibekalkan secukupnya,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam. Siew Kiong berkata, pemantauan dan pemeriksaan menyeluruh turut dijalankan bahagian penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi melihat ‘trend’ harga dan bekalan barangan. “120 pemantau telah ditugaskan dari awal tahun ini bagi memantau ‘trend’ harga dan bekalan barangan di pasaran setiap hari. “Dengan ini, kita akan mendapat gambaran sebenar mengenai ‘trend’ harga dan bekalan barang supaya peniaga tidak mengaut keuntungan berlebihan,” katanya. Beliau berkata, harga kawalan turut dibahagikan kepada tiga zon iaitu selatan, tengah dan utara agar harga kawalan yang ditentukan bersesuaian mengikut kos hidup di kawasan berkenaan. “Kita juga mewajibkan semua peniaga menggunakan tanda harga berwarna merah jambu supaya pengguna dapat mengenal pasti barang kawalan sempena musim perayaan ini,” katanya. Sementara itu, Pengarah KPDNKK Johor, Ayub Abd Rahman berkata, sebanyak 85,030 premis perniagaan termasuk kedai runcit, pasar dan pasar raya di seluruh Johor telah diperiksa sepanjang tahun ini. “Hasil pemeriksaan, sebanyak 45 kes yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 berjaya dikesan membabitkan nilai RM11,353.40. “Tindakan dikenakan ke atas peniaga setelah mendapati mereka gagal meletakkan tanda harga pada barangan yang dipamer untuk jualan,” katanya. Selain itu, katanya, sebanyak 85 kes turut berjaya dikesan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 membabitkan rampasan bahan bakar petroleum bernilai RM323,390.96 pada tahun ini. “Kes membabitkan penyelewengan minyak diesel untuk dijual kepada industri kerana harga bagi pasaran industri adalah 69 sen lebih tinggi berbanding harga pasaran yang dijual di stesen minyak. “Kes ini membabitkan tangkapan di pam minyak, stor simpanan minyak serta jeti persendirian yang berkemungkinan menyeludup minyak ke negara luar,” katanya.
Posted on: Sat, 06 Jul 2013 22:58:53 +0000

Trending Topics



0px; min-height:30px;"> Great Article from Trulia for sellers: Selling a home is an
xssqtdpnbHxkq7kz
1.34 lakh Indians return from Saudi Arabia Hindustan
The defining Chicago electric guitar sound was created by the

Recently Viewed Topics




© 2015