Harga Kereta Di Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia ? Vios Antara - TopicsExpress



          

Harga Kereta Di Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia ? Vios Antara Pilihan Ramai Rakyat Malaysia Harga Kereta Di Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia ? LAPORAN The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia mungkin mengejutkan ramai. Kita sendiri tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini. Tetapi kenyataan ini mungkin ada benarnya kerana struktur cukai kereta yang terlalu tinggi di Malaysia, meyebabkan kita terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain. Mengikut analisis yang diberikan sebuah isi rumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70 peratus dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding jumlah subsidi minyak yang diperolehi. RON95 Naik 20 Sen Cukai Kereta Melebihi Subsidi Minyak? Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isi rumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan. Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan. Ini bermakna, kita terpaksa membayar cukai dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata. Pengiraan ini tidak termasuk bayaran Tol. Jika analisis ini tepat, rasanya tidak adil bagi Rakyat Malaysia. Mungkin tiba masanya Kerajaan melihat balik keseluruhan kesan kedua-dua faktor ini, kerana 70% rakyat Malaysia menerima kesan kenaikan kedua-duanya secara lansung. p/s: Mungkin ada juga yang berkata harga minyak kita lebih murah berbanding negara lain. Tapi mungkin juga ramai yang mungkin "Tidak Perasan" bahawa kita adalah di antara negara "Pengexsport Minyak" terbaik dunia. Ini bermakna kedudukan Malaysia adalah jauh lebih baik dari beberapa negara lain di Asia mahupun dunia. -Copied-
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 14:47:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015