Harga produk KFC kekal Brands (M) Holdings Sdn Bhd, - TopicsExpress



          

Harga produk KFC kekal Brands (M) Holdings Sdn Bhd, pengendali rangkaian restoran makanan segera terbesar negara, tidak bercadang menaikkan harga makanan di rangkaian restorannya di sebalik peningkatan harga bahan mentah dan pengurangan subsidi minyak ketika ini. Pengarah Urusan, Datuk Ahmad Zaki Zahid, berkata model perniagaan bersepadu syarikat termasuk kemampuannya untuk menguruskan kos dengan baik membolehkan ia menyerap sebarang kenaikan, sekali gus tidak memberi tekanan perbelanjaan kepada pelanggan. Katanya, syarikat juga mengambil inisiatif memperkenalkan lebih banyak produk nilai tambah di rangkaian restorannya yang ditawarkan pada harga sangat berdaya saing kepada pelanggan. “Buat masa ini, kita masih lagi mengekalkan harga makanan di rangkaian restoran kami. Sekiranya kerajaan dapat memastikan harga barangan lain tidak meningkat, kita yakin dapat mengekalkan harga walaupun harga ayam meningkat dan pengurangan subsidi meningkatkan harga petrol dan diesel,” katanya selepas pelancaran KFC HotBox di Kuala Lumpur, semalam. Tambah cawangan Beliau berkata, pada masa ini, QSR mengendalikan 564 cawangan KFC di seluruh negara dan sedang mengkaji untuk meningkatkannya kepada 600 cawangan tahun depan. Bagaimanapun, katanya ia akan dilaksanakan menerusi langkah pengurusan yang lebih berkesan. QSR sebelum ini menggariskan lapan strategi utama bagi membawa perniagaan francais rangkaian restoran KFC ke peringkat lebih tinggi, antaranya aspek penjenamaan, konsep rangkaian restoran, struktur operasi perniagaan, penambahan cawangan baru serta menaik taraf rangkaian restoran sedia ada. “Transformasi perniagaan yang akan dilaksanakan di semua rangkaian KFC ini dijangka terus mengukuhkan perniagaan syarikat, sekali gus membolehkan kami mencapai sasaran jualan tahun ini,” katanya. Mengenai KFC HotBox, Ahmad Zaki berkata, ia memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih satu daripada empat burger KFC, iaitu burger Zinger, Cheezy Zinger, Colonel Burger dan Colonel Fish Burger dan disertakan dengan seketul ayam goreng (Original dan Hot & Spicy), kepingan kentang rangup dan sos keju Jalapeno, serta minuman berkarbonat. Katanya, promosi itu ditawarkan hari ini hingga 21 Oktober sementara stok masih ada dan dijual dari harga RM8.95.
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 22:08:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015