Harga rumah naik: Menteri akan jumpa Rehda 10 September 2013 - TopicsExpress



          

Harga rumah naik: Menteri akan jumpa Rehda 10 September 2013 * PASIR GUDANG - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan akan berjumpa dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda) dalam masa terdekat berhubung pengumuman beliau mengenai kenaikan harga rumah sehingga 10 peratus. Abdul Rahman mahu Presiden Rehda, Datuk Seri Michael Yam Kong Choy menjelaskan kuantum yang mewajarkan kenaikan yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak munasabah itu. "Saya faham dengan situasi yang dihadapi oleh pihak yang terlibat tetapi saya juga perlu tahu kenapa harga rumah tersebut perlu naik sebegitu tinggi antara 10 hingga 15 peratus. "Oleh itu, saya akan berjumpa dengan presiden Redha dalam masa sehari dua ini bagi membincangkan tentang isu tersebut termasuk langkah bagi mengelakkan kenaikan harga rumah yang begitu tinggi," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bersama Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor di sini hari ini. Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Michael Yam sebelum ini dilaporkan berkata peningkatan harga rumah itu adalah berikutan pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen oleh kerajaan. Abdul Rahman membidas kenyataan itu dan menyifatkan alasan kenaikan tersebut sebagai tidak munasabah serta akan membebankan pembeli. KPKT katanya, turut membuat kajian berhubung kesan daripada pengurangan subsidi tersebut termasuk terhadap sektor perumahan. "Kita ada membuat perkiraan mengenai kenaikan harga rumah tetapi ia hanya sehingga empat peratus. Kalau ada campur tangan kerajaan, harga itu tidak akan naik sebegitu tinggi. "Bukan kita mahu mereka akur dengan keputusan kerajaan sebaliknya adalah lebih elok kita berbincang dan menangani masalah ini secara bersama," katanya. - Bernama S.H
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 16:42:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015