Hari Pahlawan tiba setiap tahun pada tanggal 31 Julai. Hari yang - TopicsExpress



          

Hari Pahlawan tiba setiap tahun pada tanggal 31 Julai. Hari yang dikhususkan untuk kita rakyat Malaysia mengenang dan menghargai jasa pasukan keselamatan negara. Saya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia, merakamkan rasa setinggi terima kasih terhadap khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh setiap ahli pasukan keselamatan negara. Apatah lagi ketika peristiwa pencerobohan Lahad Datu masih segar di ingatan. Pengorbanan setiap anggota keselamatan yang gugur dan cedera di Lahad Datu, akan kami kenang sepanjang hayat dalam golongan wira-wira yang telah mempertahankan kedaulatan negara. Sambil kita sama-sama mengenang mereka yang gugur di perbatasan pada Hari Pahlawan ini, kenanglah jua nasib keluarga dan anak-anak mereka yang merintihi pemergian mereka setiap hari. Al-Fatihah.
Posted on: Wed, 31 Jul 2013 06:51:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015