Hari berganti hari, mata Adam tidak lagi melihat kelibat Humaira - TopicsExpress



          

Hari berganti hari, mata Adam tidak lagi melihat kelibat Humaira di kampus..hatinya sebak, bukan kerana rasa rindu yang menyelubungi dirinya, tetapi kerana masa begitu pantas memisahkan perkenalan mereka..namun Adam seorang lelaki yang tabah, yang bijak berfikir secara waras apatah lagi dia tidak akan menyebabkan perkara2 remeh itu menjejaskan harinya. Keadaan cuaca yang sekejap hujan, sekejap panas membuatkan Adam tidak sihat hari itu. Suhunya meningkat, batuk tidak henti-henti tapi dirinya tetap gagah ke kelas. Puas rakan baiknya, Muaz memujuk Adam ke ke klinik namun sedikit pun tidak diendahnya.. Adam, lebih baik ko pergi klinik, aku tengok ko dah tak sihat sgt ni, kata Muaz bersungguh-sungguh. Ala, sikit ja ni.. esok lusa... baik laa,jawab Adam tersekat-sekat kerana batuknya itu. Ok2, kalau ko ada apa2 nak minta bantuan, cakap jaa kat aku, insyaallah ak tolong,balas Muaz yang ingin menolong. Bereh muaz, terima kasih banyak-banyak, ko laa kawan dunia akhirat aku Muaz, puji Adam sambil menunjukkan tanda setuju. Kelas Adam habis awal hari tu, dia tidak menunggu lama, terus dia menaiki bas WS untu pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, langsung Adam menelan 2 biji panadol dan merebahkan badannya di katil. Dia begitu nyenyak tidur. Ingatannya terhadap Humaira, terbawa bawa ke dlm mainan mimpinya itu.. Dalam mimpinya itu, Adam terlihat Humaira berada betul2 di hadapan Kaabah. Humaira menangis saat tangannya memohon doa. Saat Humaira berdoa, datang seorang lelaki yang umurnya sebaya Humaira mendekatinya. Lelaki itu sungguh tampan, segak, tinggi, sasa dan semakin merapati Humaira dan memangku tangannya di bahu Humaira. Lelaki itu memapah Humaira keluar dari kawasan tawaf itu. Humaira kelihatan lemah sambil teresak-esak menangisnya. Adam begitu teruja untuk melihat siapa lelaki yang bersama Humaira itu. Tetapi baru sahaja Humaira dan lelaki itu hendak memusing badan mereka, ibu Adam datang mengejutnya untuk bangun sembahyang maghrib. Adam terbangun dalam kehampaan kerana terlepas saat emas itu..Nyata, sembahyangnya tidak khusyuk memikirkan siapa lelaki itu, baru seminggu ke sana, takkan sudah sangkut dengan pak arab? bisik hati kecilnya..Kecewa,resah, tak tentu hala Adam dibuatnya..Dalam lubuk hatinya, Adam rasakan dia patut lupakan Humaira, padamkan kenangan manis yang sekejap itu buat selama-lamanya. Hati lelaki mana tidak tersangkut akan Humaira. Sudahlah cantik, pandai, cukup inci tudungnya, menjaga ikhtilat, hatta tersenyum pun tak nampak giginya.. Mugkin aku bukan insan yang terbaik buat dirinya,monolognya berseorangan. Terngiang-ngiang di telinganya akan kata2 naqibnya . Adik2, ingat ayat Allah dalam surah an-Nur ayat 26 yang mana “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur:26) Adam tahu yang dia perlu berubah menjadi hamba yang baik bukan kerana mengejar baiknya seorang wanita tetapi biarlah dirinya ikhlas di hadapan Penciptanya..Adam meletakkan harapannya berjumpa semula dengan Humaira jauh di belakang kerana dia ingin dahulu mengejar cita2nya menjadi doktor, mahu dibalas jasa ibunya yang menjaganya dan membesarkannya setelah permergian ayahnya 2 tahun lalu. Ibunya itulah bapa dan ibu buat dirinya. Perit jerih ibunya berkerja membuat nasi lemak belum tentu dapat dibalas sepenuhnya, namun Adam bercita-cita agar biarlah dirinya mampu menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab selagi mana ibunya masih ada di dunia ini bersamanya. Ibu mana yang tidak gembira melihat anaknya melangkah kaki ke menara gading tetapi ibu mana pula yang tidak sedih melihat anaknya mensia2kan hari2 yang ada dengan perkara2 yang tidak sepatutnya dilakukan. Adam, selepas sahaja kamu melangkah keluar dari rumah ini untuk pergi menuntut ilmu, kamu jagalah perilaku nak. Sayangilah dirimu. Jangan sampai kamu lupa daratan.Jaga solat, jaga hubungan dengan manusia, jaga hubungan dengan yang kat atas sama. Ingat, kita orang susah, Dia yang bagi rezeki selama ini. Mak tak ada harta selain kamu di sini. Pandai2 la kamu bawa diri. Kalau ayah kamu masih ada bersama kita, mesti dia pun gembira dapat tengok anaknya masuk U. Mak tak mintak apa2 dari kamu, tapi mak nak anak mak ni dapat jadi insan yang berguna buat agama dan bangsa.. antara pesan ibunya suatu masa dahulu Terus Adam menitiskan air mata di atas tikar sejadah peninggalan arwah ayahnya itu..
Posted on: Thu, 24 Oct 2013 00:24:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015