Hari ini ketika bertugas diluar premis, menerima berita yang - TopicsExpress



          

Hari ini ketika bertugas diluar premis, menerima berita yang menyedihkan, Mantan Pengurus Agrobank Kota Tinggi En. Yusof bin Ahmad,telah kembali ke Rahmatullah... Seorang Pengurus yang berhati mulia telah menemui Tuhannya terlebih dahulu... Tak sangka ketika itu aku berkunjung ke Pulau Pinang untuk mengikuti kursus anjuran PEYATIM Malaysia di USM Pulau pinang dan ingin bertemunya, tetapi gagal... rupanya beliau dan ditukarkan ke Ibu Pejabat. Hari ini aku dikejutkan beliau telah menyahut panggilan Illahi.... hanya Allah sahaja yang mengetahuinya... dan kepada seluruh isi keluarga Allahayarham Yusof bin Ahmad... Isteri beliau dan anak-anak semua bersabar dengan ujian dan dugaan yang Allah beri, lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan dan ketika umat islam sedang bersiap sedia untuk menghadapi ketibaan Syawal yang akan muncul hanya beberapa hari lagi... Sesungguhnya memang berat mata yang memandang, tetapi berat lagi bahu yang memikulnya... Namun apa nak dikata... Itu adalah ketentuhan dan kehendak Tuhan Yang Maha Kuasa... kita hambanya kena Reda dan banyak bersabar dalam menghadapi ujian Allah ini... semua yang berlaku pasti ada hikmah disebalik apa yang tertulis di perjalanan hidup ini.... Semua manusia memang sukar dalam mengharungi detik-detik sebegini... namun dengan kekuatan iman yang ada gunakanlah ia sebagai senjata buat kita mengharungi laluan kehidupan dan mengisi wadah akan kehilangan orang yang tersayang... Takziah buat Pn. Norhayati dan seisi keluarga... dan kami seisi keluarga hanya mampu melakarkan secebis ungkapan Al-Fatihah buat Almarhum Yusof bin Ahmad.... Semoga Allah menempatkan beliau bersamama golongan orang-orang yang soleh dan orang-orang yang beriman..... Amin... Amin.. Ya Rabbal Allamin.... Al-Fatihah buat Almarhumah Nur Khairunnisa anak yang tercinta, semoga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang yang solehah.... Amin... Amin... Ya Rabbal Allamin... Hanya orang-orang yang menempuh dan melalui apa yang dirasai ini akan tahu betapa syahdunya hati dan perasaan apabila orang lain juga mengalami peristiwa yang dilalui.... hanya sekadar air mata sebagai kawan yang setia dan tak pernah hindar dari kehidupan....
Posted on: Tue, 30 Jul 2013 15:38:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015