Hari ini penuhi masa lapang dengan berpagi-pagi ke kuliyah pagi - TopicsExpress



          

Hari ini penuhi masa lapang dengan berpagi-pagi ke kuliyah pagi Jumaat oleh Tuan Guru Ustaz Haji Muda Abdullah. Beliau membaca tafsir surah Kahfi barangkali (saya sampai lewat. hihi). Beliau gantikan YB Ust Dr. Khairuddin at-Takiri yang tidak dapat hadir. Usai kuliyah beliau yang agak pendek itu, saya melilau mencari arah. Akhirnya saya mencari mangsa untuk bersembang. Mangsa pertama yang terpilih ialah Bro Ahmad Shakir Amran, saing lama saya sejak dari sekolah rendah. Kami rapat masa di Madrasah Daruttaqwa Batu Enam K.Trg dulu. Sekarang di semester akhir di UniSZA dalam bidang Bahasa Inggeris. Sembang-sembang kejap pastu terus blah. Mangsa kedua pula tidak dapat dikesan. Abe tak balik ke kampung. Dia sekarang bekerja sebagai nurse di Hospital Kuantan. Minggu depan saya berhajat mahu bertemu muka dengan beliau. Kami kenal masa kami tuisyen sekali di Pusat Tuisyen Bestari, Bukit Tok Beng ketika kami PMR dulu. Mangsa ketiga juga sama. Boboi tak ada di rumah, beliau keluar. Rumah beliau sebelah-menyebelah je dengan Abe. Beliau dah kahwin, baru lagi. Alhamdulillah. Katanya beliau sekarang kerja di Hotel TH dekat airport. Mangsa seterusnya ialah Naeim. Sahabat sepra-sekolah. Kami akrab masa di PASTI al-Hijrah qaryah Kg Duyung dulu. Geng samseng (tapi bukan macai) masa tu. Pernah gaduh-gaduh masa kecik dulu. Sokmo main bola petang-petang. huhu. Seronok mengimbau memori silam dengan beliau tadi. Sekarang beliau sudah di UIA Gombak. Ambil kos BEN. Hebat dia ni. Bahasa Inggeris mantap. Pastu ambil pulak minor IRK. Pergh! Protaz kot.. hoho Mangsa terakhir ialah Hafiz. Rakan saya sekali dalam usrah Islah Pemuda (atau nama awalnya Persatuan Intelek Muslim [Perintis]). Lama sudah tak ketemu beliau. Mujur beliau masih cam saya. Sudah pun berkahwin dan punya seorang anak. Nak masuk dua dah. huhu. Beliau graduan UniKL, sekarang bekerja di Kuala Terengganu International Airport sebagai pilot Malindo Air. Hebat, hebat! Alhamdulillah, bertemu kawan-kawan lama menambah iman dan yakin bahawa janji itu benar! Bahawa dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah akan dinaungi di bawah zhillu (payungan) Allah! Ucapan tahniah saya dedikasi dan kalungkan buat sahabat-sahabat saya yang telah berjaya!
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 04:58:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015