Hari ini saya nak timbulkan sedikit persoalan: berkaitan dengan - TopicsExpress



          

Hari ini saya nak timbulkan sedikit persoalan: berkaitan dengan isu hak kaum pribumi. Baru-baru ini bila ASNB buat pengumuman, Sabah merupakan pelabur tertinggi ASB (amanah saham bumiputera), ramai yang tersenyum bangga sampai ke telunga. Kadar pelaburan ASB di Sabah dikatakan jauh lebih tinggi daripada purata nasional. Kenapa kita di Sabah menjadi pelabur tertinggi untuk Saham Bumiputera? Persoalannya, Sabah khususnya penduduk pribumi bumiputera merupakan antara yang termiskin di Malaysia. Apakah PTI yang dikatakan telah menjadi bumiputera dan disiasat melelui RCI melabor dengan banyak mengalahkan kaum bumipuera tulin? Atau mungkinkah terdapat golongan oportunis yang lebih bertamadun telah menjadi kaum bumiputera disebabkan oleh kesilapan pemimpin kita terdahulu? Bukankah fakta ini mempunyai kaitan dengan isu Kaum dan hak pribumi? Apa pula komen anda terhadap perjuangan kaum dan bangsa? Adakah ilmu pengetahuan masih tidak cukup untuk memahami isu yang jauh lebih penting berbanding sakadar cadangan mufti kerana isu ini merupakan hak untuk kejayaan kaum dan bangsa? atau hanya memilih untuk berdiam? atau....tidak berupaya langsung. Apa pula pendapat dan tindakan ahli2 politikus kita terhadap isu ini yang saya lihat sebagai bukan isu populis?
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 03:26:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015