Hari ni aku nak tulis pasal phrase yang famous ‘With great - TopicsExpress



          

Hari ni aku nak tulis pasal phrase yang famous ‘With great power, comes great responsibility’..phrase ni Uncle Ben sebut dalam movie Spiderman. AKu nak relatekan dengan PhD. Bila aku tanya kebanyakkan student yang buat higher degree (PhD atau Master), kenapa sambung belajar, kebanyakkan dari mereka menjawab ‘ nak jadi lecturer kerja senang, pegi kelas 4 5 jam seminggu boleh balik tido jaga anak rilek..’..bila aku dengar jawapan ni, aku menjadi sangat sedih…tanggungjawab pensyarah jauh dari itu..kalau itulah pensyarah pada masa depan, alamt hancurlah negara dan hancurlah masyarakat,..so..aku doakan semoga anda semua berubah..sekiranya anda tidak boleh berubah, aku berharap anda tidaklah memilih kerjaya ini. Bercakap berkenaan dengan ijazah tertinggi, Doktor falsafah (PhD), ramai yang menganggap ianya adalah the ultimate degree and once grabbed..that is the final of learning process… hakikatnya ia adalah hanya permulaan bagi satu perjalanan yang panjang. PhD hanya satu tiket untuk membolehkan pemegangnya menjalankan penyelidikan secara tersusun dan betul. Pemegang PhD sebenarnya pemegang amanah kepada rakyat dan negara, mereka merupakan penyelidk bertauliah yang menjadi asset kepada negara. Kita lihat negara maju, mereka menjana ekonomi dari teknologi yang dicipta dari penyelidikan. Pemegang PhD mestilah mampu menjana ilmu baru, membaca perkembangan ilmu semasa dan seterusnya menambah baik ilmu tersebut. Pemegang PhD mesti mampu menulis secara akademik, pada hari ini, penulisan ini dizahirkan dalam journal-journal saintifik. Artikel-artikel ini akan menjadi rujukan penyelidik-penyelidik diseluruh dunia dan seterusnya nama penulis akan berada di persada akademia sampai bila-bila. Kita lihat professor yang hebat-hebat diseluruh dunia, mereka mempunyai beratus-ratus artikel dalam journal-journal saintifik diseluruh dunia, ilmu-ilmu yang dijana digunakan dalam banyak rekaan saintifik. Aku bagi contoh yang mudah, penciptaan artificial intelligence fuzzy logic oleh Lotfi A Zadeh seorang saintis kelahiran Iran pada tahun 1965. Fuzzy logic ini merupakan artificial intelligence optimization algorithm yang membolehkan engineering expert diambilkira dalam setiap decision yang dibuat. Engineering expert ini tidak boleh dizahirkan dalam closed form solution secara matematik. Teknologi ini banyak digunakan dalam rekaan hari ini. Yang paling aku ingat ialah dalam automotive (aku suka kereta), dimana algorithm ini digunakan dalam Anti Locking Brake system (ABS), ECU (electronic control unit) dan dalam automatic gearbox control. Penggunaan Fuzzy logic ini sangat membantu dalam menambah keberkesanan sistem-sistem tersebut. Teknologi ini digunakan dengan meluas oleh syarikat-syarikat kenderaan tersohor seperti BMW, Mercedes, Toyota, Mazda, Hyundai..dan lain-lain. Teknologi ini seterusnya mampu menjana ekonomi sesebuah negara. Lihatlah besarnya tanggungjawab seorang penyelidik, dan tanggungjawab ini jatuh ke bahu pemegang PhD sekelian. Sekiranya anda tidak melakukannya anda bukan lah ‘seorang yang amanah’. Therefore remember ‘With great power, comes great responsibility’…
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 03:09:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015