Harimau Muda tewas kepada Great Britain Pasukan Harimau Muda A - TopicsExpress



          

Harimau Muda tewas kepada Great Britain Pasukan Harimau Muda A tewas kepada Great Britain 0-2 pada perlawanan kedua peringkat kumpulan di Stadium Olymp, Kazan. Sebelum ini, mereka mencatat kemenangan mengejut ke atas Itali 2-0 pada saingan peringkat kumpulan C, Jumaat lepas. Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Ong Kim Swee ketinggalan satu gol apabila James Philip Aldred membolosi gawang Malaysia pada minit ke-18 selepas menyudahkan hantaran rakan sepasukannya, Sammy Andrew Macvicar. Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan negara terus diasak dengan gol kedua menerusi Alex James Dyer pada minit ke-48. Dua minit kemudian, Harimau Muda tambah tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wan Zaharulnizam menerima kad merah akibat mengasari pemain lawan.
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 04:04:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015