Hebahan kepada ahli Koperasi Usahawan Sohowanita Kuala Lumpur - TopicsExpress



          

Hebahan kepada ahli Koperasi Usahawan Sohowanita Kuala Lumpur Berhad (KURSUS PERCUMA) JEMPUTAN KE TAKLIMAT PERNIAGAAN DAN “PRODUCT PREVIEW” SMOOTHLINGS Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan bersama-sama ini disertakan maklumat syarikat, produk dan lakaran kiosk untuk rujukan dan perhatian puan. 2.Untuk makluman puan syarikat kami Kingsbury Food and Beverage Sdn Bhd adalah syarikat yang memasarkan produk makanan dan minuman di Malaysia.Sehubungan itu kami ingin menjemput ahli-ahli koperasi dibawah kelolaan puan ke majlis kami. Tujuan jemputan ini adalah untuk memberi maklumat disamping memberi peluang perniagaan kepada ahli-ahli yang berminat atau yang sedang mencari peluang perniagaan. 3.Untuk makluman puan juga produk minuman ini adalah berasaskan buah-buahan dan tidak mengandungi karbonat serta bahan-bahan perasa dan pewarna yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan para pelajar dan juga pengguna.Pihak kami akan menjalankan perniagaan ini menggunakan konsep kiosk di lokasi seperti pasaraya-pasaraya besar, pusat pengajian tinggi serta lokasi lain yang bersesuaian seperti taman tema dan juga hospital. 4.Sehubungan itu pihak kami amat berharap pihak puan dapat memberi kerjasama bagi menjayakan program ini dengan menyampaikan maklumat ini kepada semua ahli yang terlibat. Program ini akan dijalankan di alamat seperti berikut: Tempat: S-2-06 Summit Shopping Complex Tarikh: 21 & 22 September 2013 Masa: 11:00 am hingga 8:00 pm Sekiranya pihak Yang Berbahagia Datin ingin maklumat lebih lanjut dan juga pengesahan kehadiran sila hubungi Puan Rafizah. 5.Kerjasama dan perhatian Yang Berbahagia Datin mengenai jemputan ini, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian terima kasih, Yang benar, …………………………. (SITI RAFIZAH BINTI IDRIS) Pengurus
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 09:37:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015