Hem Boleh Menggantikan Petrol ProjekBalot-Petrol merupakan - TopicsExpress



          

Hem Boleh Menggantikan Petrol ProjekBalot-Petrol merupakan sejenis sumber alam yang tidak boleh diperbaharui.Ramai yang mengambil kesempatan untuk mengambil keuntungan daripadanya kerana ia merupakan sumber yang terhad.Minyak juga sering menjadi punca tercetusnya peperangan.Setiap kali harganya meningkat,yang akan menanggung susah ialah rakyat.Tetapi,Bagaimana cara untuk menangani masalah harga petrol yang semakin meningkat?Bagaimanakah cara sekiranya petroleum habis atau lebih tepat lagi,pupus? Apakah ada bahan untuk menggantikannya?Jawapannya ada.Sejak sekian lama,pokok ganja atau hem digunakan untuk pelbagai jenis kegunaan.Selain dari memberi manfaat dari segi kesihatan,ia juga boleh memberi faedah dari segi perindustrian.Antaranya ialah penghasilan bahan bakar untuk kenderaan. Kereta Hem Ford Pada tahun 1903, seorang jurutera automotif, Henry Ford telah menubuhkan syarikat menghasilkan kenderaan. Beliau yang sememangnya dikenali kerana mencipta pelbagai kenderaan yang berkualiti keluaran Ford telah melakukan eksperimentasi terhadap bio-fuel pada 1930an. Beliau telah mencuba pelbagai jenis tumbuhan untuk diujikaji. Salah satu daripadanya ialah hem atau lebih mudah difahami,pohon ganja. Hasil ujian ke atas minyak yang diekstrak dari pohon ganja ini mampu menggerakkan kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel seperti biasa. Dia menyatakan kepada The New York times bahawa ujiannya itu sebagai “FUEL OF FUTURE” dalam satu temu bual.Selain dari membuat kajian mengenai bio-fuel yang diekstrak dari hemp,Henry ford juga menghasilkan kereta yang seluruh badannya diperbuat daripada hemp. Henry ford menguji dan ternyata badan kenderaan yang diperbuat daripada hemp begitu kuat melebihi badan kenderaan yang sekarang kita gunakan. Mengapa perancangan Henry Ford untuk menggunakan hemp sebagai bahan utama dalam kenderaan tertunda begitu lama? Banyak sebab yang telah menggagalkan usahanya pada ketika itu.Antaranya,petrol serta diesel mula diperkenalkan ketika era penemuannya. Banyak pengeluar enjin kenderaan mula menerima petrol serta diesel sebagai penggerak enjin ciptaan mereka. Kedua, syarikat minyak mula melobi kerajaan untuk mendapatkan keuntungan Amerika Syarikat.Ketika ini,ekonomi sedang meningkat naik di sana.Banyak kapitalis merasakan hem boleh menggugat perniagaan mereka kerana kos hem lebih murah dan mudah didapati berbanding petroleum,mahal dan terhad.Syarikat minyak juga membayar orang penting untuk menjatuhkan industry bio-fuel hemp. Ketiga, mereka yang berminat melabur wang kepada syarikat minyak mempromosikan petrol serta disel dengan cara menarik perhatian rakyat yang tidak tahu tentang keburukan menggunakan petrol dan diesel.Dengan cara ini,semakin ramai yang tidak mengetahui kebaikan hem disamping propaganda anti-kanabis yang sering disiarkan ketika itu,manfaat hem terus dilupai. Hasil hem yang telah dituai Hem boleh dijadikan bahan bakar melalui dua cara,minyak dari biji hem yang telah yang telah diproses melalui proses Pirolisis atau baja biokimia untuk dijadikan biodiesel,atau tangkainya yang boleh diproses melalui proses penapaian untuk ditukarkan kepada ethanol,metana, methanol dan gasolin dengan kos yang sama dengan petroleum.Biodiesel adalah sejenis kaedah yang mesra alam dan ia tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia tidak mempunyai sulfur seperti yang dilakukan oleh diesel dan petrol.Ia jugak tidak menyebabkan pencemaran global kerana ia dicipta dari tumbuhan semulajadi.Asap yang dihasilkan juga tidak memberi sebarang kesan buruk terhadap alam sekitar.Minyak daripada hem boleh dipakai oleh semua kenderaan tanpa memerlukan apa-apa pengubahsuaian. Ladang hem di Mexico Banyak negara mengambil langkah untuk membenarkan penanaman hem kerana ia mempunyai nilai yang besar dari sudut ekonomi.Negara-negara besar kebanyakkan mendapat untung melalui ganja dari industri perubatan dan pembuatan.Minyak yang dibina dari hem boleh menghasilkan keuntungan yang besar dan boleh memberi hasil kepada negara.Beban rakyat juga boleh dikurangkan kerana harga minyak hem akan jadi jauh lebih murah daripada petrol kerana seekar ladang hem boleh memberi hasil sebanyak 10 tan sebulan.Ia juga boleh membuka pelbagai peluang pekerjaan baru kerana banyak sektor industri yang boleh dibuka dan boleh mengatasi masalah pengangguran.Ini juga akan memberi peluang kepada petani untuk menaikkan taraf hidup mereka sekaligus dapat membasmi masalah kemiskinan yang berlaku di negara ini. Sememangnya ganja diketahui boleh memberi kesan khayal kepada penggunnya.Namun,adakah kerana alasan ini,segala kebaikan dan manfaat yang dihasilkan oleh ganja boleh ditolak begitu sahaja kerana tiada sebarang kematian atau kemudaratan disebabkan ganja berbanding alkohol dan rokok?Sekiranya ganja dibenarkan di negara ini,banyak lagi manfaat yang boleh diperoleh.Jack Herer ataupun Emperor Of Hemp,seorang aktivis kanabis di Amerika Syarikat dan penulis buku The Emperor Wears No Clothes,sebuah buku yang telah digunakan dalam usaha untuk dicriminalize kan ganja telah merumuskan, "Bahan bakar dari hem,berserta kertas untuk dikitar semula,dll...sudah mencukupi untuk menggerakkan Amerika tanpa memerlukan minyak...tanaman biomass akan membekalkan Amerika dengan gas dan keperluan tenaga minyak serta kebergantungan terhadap fosil fuel akan berakhir...jika ia diperkenalkan kepada Negara-Negara Dunia Ketiga,hem biomass secara drastik boleh mengurangkan bantuan negara luar terhadap negara-negara ini dan tiada sebab untuk berperang,disamping dapat meningkatkan kualiti kehidupan di sana dengan lompatan kuantum...Ekonomi dunia akan meningkat.Manusia akhirnya akan bertaruh pada survival alam sekitar" Posted 20 hours ago by Rasta Legalizer
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 06:41:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015