Henry Gurney Pejuang Kemerdekaan~ Digambarkan dalam Buku Teks - TopicsExpress



          

Henry Gurney Pejuang Kemerdekaan~ Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Pada 6 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) yang serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier. Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun [1946-1948].Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.Ingat! Peristiwa Dier Yasin [Mei 1948] yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948. Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin! Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.Sekarang kubur Henry Gurney berada di Cheras, Kuala Lumpur. Dia ni pejuang kemerdekaan Malaysia ka sampai kita rakyat Malaysia mengagungkan dia? Otak kita ni dah dibasuh oleh tali barut Brtitish supaya menganggap bahawa British dan kuncu-kuncunya adalah hero di Tanah Melayu ni. Kesian kita semua telah ditipu dengan keturunan penjajah kita sendiri. Sebab itulah ada seorang Profesor yang mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Mungkin apa yang dimaksudkan olehnya sebenarnya Tanah Melayu ini adalah negara penjajah dan bukanya negara yang dijajah sebab masih mengekalkan sistem penjajah sampai ke hari ini.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 05:39:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015