Highlight Ramadhan & Eid in Syria 1434H/2013 (Best view in - TopicsExpress



          

Highlight Ramadhan & Eid in Syria 1434H/2013 (Best view in HD) Humanitarian Mission | Ramadhan and Eid Relief Mission at Syria (Best view in HD) Date: 28th July - 9th August 2013 Location: Azaz, Aleppo & Idlib Organizer: Malaysia Life Line for Syria Alhamdulillah. Setelah hampir dua minggu berada di Syria sebagai jurufoto rasmi Misi Ramadhan & Aidilfitri Malaysia Life Line for Syria, hari ini aku ingin kongsikan sedikit sedutan video yang sempat dirakam sepanjang misi ini. Disebabkan aku diamanahkan sebagai jurufoto rasmi, maka aku tidak dapat merakam footage video semasa misi bantuan (khususnya sewaktu pemberian bantuan food basket, bantuan berbuka puasa, alat tulis persekolahan, bantuan elaun guru dll). Jadi aku kira video ini tidak lebih sekadar perkongsian peribadi akan keadaan/situasi sebenar yang sedang berlaku di Syria di mana ada ketikanya kami terpaksa berlari untuk merentas jalan demi mengelak daripada menjadi mangsa penembak tepat (sniper), menyorok di sebalik bangunan dan bermacam-macam lagi. Sungguh, bunyi dentuman bom serta tembakan boleh didengar di merata tempat cuma tidak sempat dirakam kerana ianya berlaku tanpa dijangka. Moga Allah menghancurkan kezaliman di bumi ini dan mengembalikan rahmat dan keberkatan di sini, Ameen Ya Rabbal Alamin... Kredit Lagu: Strong-Noor Gajet: Canon 60D, Tamron 18-270mm. Sigma 10-20mm Software Editing: Sony Vegas Pro 10
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 16:50:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015