I am dismayed to learn that Baroness Warsi resigned as British - TopicsExpress



          

I am dismayed to learn that Baroness Warsi resigned as British cabinet minister yesterday; I applaud her tireless pursuit in defense of the pain and suffering of the Palestinians. She has been steadfast, thus far, in standing her ground against the UK government’s policy on Gaza stalemate – a courage of which should be emulated by all and sundry. While I personally believe that the international community has placed too much emphasis on the threat posed by Hamas, it is indeed the plight of the Palestinians, which must first be addressed in the name of humanity. There is no excuse to senseless murder, no matter how cogent the reasons behind the atrocity. In April this year, I had the privilege to host Baroness Warsi on her working visit to SK Piasau in Kota Belud. Though our meet was brief, we managed to exhange views on international and local issues. Inspired from the UK’s Big Iftar project – Warsi’s brainchild while she was the minister for Faith and Communities – the Urban Wellbeing division of my ministry recently held a buka puasa event at Masjid An-Nur, USJ 4, in the same spirit. Church leaders and representatives from other faiths supported this inaugural buka puasa. The initiative was aimed to close the widening gap among multi-racial Malaysian communities. It is my ardent hope to see the same effort being embedded as part of our rich traditions. I wish Baroness Warsi well in her future endeavours. Together, let us stand up for the Palestinians. --------------------------------------------------------------------------------------------- Saya kecewa dengan berita peletakan jawatan Baroness Warsi sebagai Menteri Kabinet Britain petang semalam. Saya memuji pendirian beliau yang tegas, dalam mempertahankan kepentingan rakyat Palestin. Beliau kekal teguh dan tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan UK mengenai kemelut di Gaza - sesuatu yang sepatutnya menjadi teladan kepada semua. Secara peribadi, saya percaya yang masyarakat antarabangsa terlalu memberi penekanan terhadap ancaman Hamas, sedangkan isu sebenarnya ialah penderitaan rakyat Palestin di bumi mereka sendiri, yang perlu diselesaikan atas faktor kemanusiaan. Tidak ada jawapan yang baik untuk membenarkan pembunuhan sedemikian, walau apa pun alasan yang cuba diberikan untuk meyakinkan kita. April lalu, saya berpeluang menerima kunjungan Baroness Warsi ketika lawatan kerja beliau ke SK Piasau, di kawasan saya di Kota Belud. Dalam masa yang singkat itu, kami sempat bertukar pandangan mengenai pelbagai isu. Dengan menggunakan projek Big Iftar di Britain - yang diperkenalkan oleh Baroness Warsi ketika menjadi Menteri Keagamaan dan Komuniti UK - kementerian saya menerusi Bahagian Kesejahteraan Bandar telah memperkenalkan majlis berbuka puasa di Masjid An-Nur di USJ4 ketika bulan Ramadan yang lalu. Majlis ini, yang turut menyaksikan kehadiran pelbagai wakil Gereja dan pemimpin agama lain, bertujuan meningkatkan integrasi komuniti di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Adalah menjadi harapan saya yang usaha ini akan diteruskan dan diterapkan sebagai tradisi kemasyarakatan kita. Saya mengucapkan Baroness Warsi selamat maju jaya di masa depan. Marilah kita berganding bahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin. #Gaza
Posted on: Wed, 06 Aug 2014 02:17:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015