IKLAN JAWATAN KOSONG: Pegawai Imigresen Gred KP17 Pihak SPA - TopicsExpress



          

IKLAN JAWATAN KOSONG: Pegawai Imigresen Gred KP17 Pihak SPA telah mengumumkan akan melaksanakan urusan pengambilan jawatan kosong untuk Jabatan Imigresen pada Feb 2014. Terdapat 322 kekosongan untuk jawatan kerajaan Pegawai Imigresen Gred KP 17. Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan Pegawai Imigresen Gred KP 17 tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Pegawai Imigresen Gred KP17 Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 2 Feb 2014 jam 11.59 malam. PERMOHONAN SECARA ONLINE DI PORTAL SPA : spa.gov.my Pegawai Imigresen Gred KP 17 Kumpulan : Sokongan II Kementerian / Jabatan : Jabatan Imigresen Jadual Gaji : GAJI MINIMUM : RM 936.00 GAJI MAKSIMUM : RM 3424.00 KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 95.00 Syarat Lantikan Pegawai Imigresen Gred KP 17 Syarat Lantikan: a)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; [ Gaji Permulaan : RM936.00 ] dan b)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut: (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; (ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita; (iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; (iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja); (v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; (vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (v) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar. c)Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen Gred KP 17 Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk Tolong pass sama kwn2 atau ahli keluarga yg berminat..
Posted on: Thu, 30 Jan 2014 10:42:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015