IMPIAN MENJADI KENYATAAN... Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH - TopicsExpress



          

IMPIAN MENJADI KENYATAAN... Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH s.w.t atas limpah kurnianya,pada 22 Jun 2013 dihari PERHIMPUNAN PERPADUAN SEMPENA HARI PEKERJA 2013 di Stadium Putra ,Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil,Kesatuan Pekerja-Pekerja Johor Port Berhad telah terpilih sebagai kesatuan contoh Anugerah Kesatuan Sekerja Harmoni 1Malaysia(sektor swasta)buat julung kalinya setelah lebih 30 tahun berkhidmat. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutama sekali kepada semua kakitangan JHEKS dibawah pimpinan En.Kamarolzaman Bin Muhid yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami dalam hal ehwal tugas-tugas dan tanggungjawab kesatuan. Terima kasih buat majikan kami Johor Port Berhad dibawah pimpinan En.Shahrull Allam Shah Bin Abdul Halim yang juga sentiasa memberi kerjasama,sokongan dan dorongan yang positif kepada kami sebagai wakil pekerja. Terima kasih kepada mantan-mantan Presiden sebelum ini dari zaman allahyarham Tuan Haji Khamis Bin Menadi sehinggalah ke zaman En.Kamarudin Bin Abdullah dan bekas barisan exco yang telah berusaha menaikkan nama kesatuan. Terima kasih kepada semua exco-exco kesatuan yang lama dan baru dalam memberi komitmen kerja dan menjaga imej kesatuan. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kesatuan-kesatuan lain yang mewakili pelbagai sektor,yang sentiasa menyokong dan bertukar pandangan serta pendapat dalam setiap perjumpaan demi misi dan visi yang sama. Terima kasih kepada juri-juri profesional yang telah memilih kami sebagai kesatuan terbaik Harmoni 1Malaysia.Pilihan anda adalah tepat. Terima kasih tidak terhingga kepada kumpulan sorak dari JOHOR CORPORATION yang memberi sokongan padu kepada kami ketika Presiden Tuan Haji Suratmin Bin Alwee dan Timbalan Presiden En.Hussin Bin Embi mengambil anugerah tersebut.Sorakan LUASKAN KUASAMU dari anda semua sudah cukup menggamatkan Stadium Putra Bukit Jalil dan membuatkan delegasi-delegasi lain kagum dengan semangat yang ditunjukkan.Ayuh!!!terus gamatkan lagi sorakan LUASKAN KUASAMU di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun 2013 ini pula. Terima kasih kepada delegasi North Port yang juga memberi sokongan kepada kami. Airmata yang mengalir sebagai tanda kegembiraan dan kebanggaan yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata,perjalanan masih jauh,perjuangan masih belum selesai,seribu harapan untuk mengekalkan anugerah ini atau menjadi lebih baik di masa akan datang dan matlamat menaikkan pula nama majikan untuk menerima anugerah pimpinan terbaik.Insyallah..
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 09:32:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015