[ INFOGRAFIK ] RAKYAT MALAYSIA ANTARA GOLONGAN PALING KUAT BEKERJA - TopicsExpress



          

[ INFOGRAFIK ] RAKYAT MALAYSIA ANTARA GOLONGAN PALING KUAT BEKERJA DI DUNIA – IMBANGI KERJAYA DAN KEHIDUPAN wtf 4 Comments Setiap pekerja Malaysia seharusnya berbangga sekiranya dikaitkan dengan sifat rajin, amanah dan kuat bekerja. namun begitu masa kini banyak artikel menyatakan sebaliknya.Menurut kaji selidik oleh Expedia, rakyat Malaysia adalah di antara golongan yang paling kuat bekerja di dunia. Kenyataan ini sememangnya membuat kita berfikir, lebih-lebih lagi memandangkan ekonomi negara-negara jiran lebih kukuh berbanding Malaysia. Bukan itu sahaja: 90% daripada kita juga bekerja ketika sedang bercuti dan berasa bersalah sekiranya mengambil cuti. Ramai rakyat Malaysia yang bekerja memeriksa emel berkaitan dengan kerja semasa sedang bercuti dan ini adalah suatu yang membimbangkan. Di dalam laporan lain: Oktober lalu, Jobstreet mendedahkan bahawa 63% tenaga kerja Malaysia tidak meluangkan masa yang mencukupi bersama keluarga kerana waktu bekerja mereka yang panjang. Seperti yang boleh dilihat melalui kaji selidik tenaga kerja kerajaan(lihat infografik Berapa Jamkah (Anda Fikir) Anda Bekerja? yang telah disediakan oleh McDonald’s Malaysia ), kita bekerja selama 46.3 jam seminggu. Dengan lima hari bekerja dalam seminggu, puratanya adalah 9 jam sehari. Rakyat Sweden hanya bekerja selama 36 jam seminggu. Jadi, di mana perginya waktu yang selebihnya? Hampir 75% responden kaji selidik Jobstreet memilih untuk pulang lewat dari pejabat bagi menyiapkan kerja yang banyak dan kira-kira 60% turut menyatakan bahawa syarikat mereka tidak mempunyai sebarang inisiatif untuk menggalakkan keseimbangan kerjaya dan kehidupan. Semua statistik ini bukanlah petanda yang baik sama ada bagi pekerja atau majikan. Ia jelas menunjukkan bahawa sesuatu perlu dilakukan sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini. Tekanan, keletihan, tidak hadir ke tempat kerja, penukaran kakitangan yang kerap – kesemua penghalang produktiviti ini adalah contoh kesan pertukaran status negara kita dari negara yang sedang membangun kepada negara membangun. Selain itu, perbelanjaan perubatan juga menjadi isu: seorang bekas rakan sekerja pernah dengan bangga menunjukkan senarai panjang antasid yang diambilnya. Walaupun ada yang berperasaan suka bercampur benci terhadap kerjaya, rasa geram juga pasti wujud di dalam hati dan boleh menguasai diri apabila bebanan kerja terlalu berat untuk ditanggung. Keluarga juga turut terjejas akibat masalah ini. Ingatkah anda pada masa di mana makan malam bersama keluarga bukan sekadar dianggap penting, tetapi juga suatu kemestian? Tiada telefon pintar yang mengganggu dan setiap orang mengambil giliran untuk bercerita tentang hari yang mereka lalui. Tetapi kini, untunglah jika dapat berbuat demikian walau sekali dalam seminggu. Makan malam bersama keluarga bukan sekadar mengisi keperluan fizikal, tetapi juga keperluan kita untuk berhubung secara sosial bersama mereka yang kita sayangi. Pastinya ada perkara yang lebih bermakna apabila dimaklumkan secara peribadi berbanding di laman sosial – bayi baru dalam keluarga, majlis graduasi anak, kerja pertama anak. Dalam kita berlumba untuk mencapai status negara membangun, kita harus mengingatkan diri bahawa keakraban adalah kemakmuran. Keluarga, orang yang kita sayangi, rakan-rakan dan masyarakat di sekeliling memainkan peranan dalam membentuk diri kita. Kepentingan untuk menjaga hubungan dengan mereka tidak boleh dipandang ringan dalam mencapai kemajuan sosio-ekonomi. Jadi, apakah yang boleh kita lakukan bagi mendapatkan semula masa untuk diri sendiri, keluarga dan untuk bersosial? 1. Kerja tidak pernah siap. Esok masih ada. Adakalanya, kita perlu bekerja lebih masa untuk menyiapkan tugas namun ini tidak seharusnya menjadi kebiasaan. Anda tidak perlu terus berada di pejabat selepas tamat waku bekerja. Membiasakan diri untuk bekerja lebih masa sebenarnya tidak ideal – ia tidak bermakna anda lebih produktif (kerja anda sudah selesai, pulanglah pada jam 6! Ingat: esok masih ada) atau kurang produktif (anda memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyiapkan tugas berbanding rakan-rakan sekerja yang lain)? Apa yang penting adalah untuk bekerja dengan bijak, bukan dalam jangka waktu yang lebih lama. 2. Tiada gangguan pada hujung minggu. Jangan bawa kerja ke rumah melainkan benar-benar perlu. Sekiranya perlu bekerja pada hari minggu, saya cuba membahagikan masa atau mengehadkan masa yang digunakan supaya dapat mengurangkan impak kerja tersebut ke atas hujung minggu saya. Buat apa yang perlu sahaja dan selesaikan selebihnya di pejabat. Jangan jawab panggilan telefon mengenai kerja, sebaliknya hantarlah pesanan ringkas atau emel. 3. Makan bersama. Rancang aktiviti anda lebih awal. Adakah anda akan berada berhampiran pejabat bekas rakan sekerja atau seorang sahabat? Bolehkah anda makan tengahari bersama mereka? Beritahu keluarga hari apa dalam minggu tersebut anda boleh makan malam bersama mereka supaya ia menjadi janji dan kemudiannya suatu kemestian yang sukar untuk dibatalkan. Beritahu majikan: “Saya ada makan malam bersama keluarga pada hari X, Y dan Z tetapi saya boleh menyiapkan sebarang kerja yang tertangguh pada hari A dan B.” 4. Jangan bekerja ketika bercuti. Jangan ubah rancangan ketika bercuti hanya kerana anda perlu menerima panggilan penting dari pejabat. Sekiranya ia tidak dapat diselesaikan dengan menjawab telefon atau emel, beritahu mereka di pejabat bahawa anda memerlukan masa untuk menyiapkannya. Sebarang tugas biasanya boleh ditangguhkan melainkan benar-benar kritikal. Hadkan masa untuk menjawab emel dan panggilan telefon sekali di waktu pagi dan sekali di waktu malam. Anda tidak perlu berbual panjang dengan rakan sekerja di Whatsapp ketika bersiar-siar! Senarai di atas bukanlah panduan tetap (anda perlu berbincang bersama majikan mengenainya), namun ia bertujuan untuk membantu anda menyesuaikan keperluan kerja dalam mencapai keseimbangan kerjaya dan kehidupan. Masa untuk diri sendiri, keluarga dan untuk bersosial adalah lebih penting dalam tahun 2014 ini (dengan kos hidup yang meningkat, gaji yang tidak meningkat, kualiti hidup yang menurun). Mengetahui cara menguruskan masa bagi kerjaya dan diri sendiri serta orang yang tersayang adalah antara syarat untuk mencapai tenaga kerja yang lebih gembira dan mengurangkan penghalang untuk mencapai status negara membangun. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^ Kopi
Posted on: Mon, 10 Feb 2014 06:27:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015