ISU RON95 HANYA UNTUK RAKYAT MISKIN .... SETIAUSAHA AGUNG UMNO - TopicsExpress



          

ISU RON95 HANYA UNTUK RAKYAT MISKIN .... SETIAUSAHA AGUNG UMNO TEUKU ADNAN TEUKU MANSOR BERANG NAIK ANGIN SATU BADAN!!!! ...sedih dengan orang yang suka sensasikan cerita, suka fitnah, suka bawa cerita, suka mengata, mana sifat ketimuran kita, mana agama kita, sedih. Kenapa tak faham yang dicakap kita, kita cakap rationalisation fiscal tentang subsidi untuk rakyat yang memerlukan bukan kaya, tulisnya. Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter iaitu 63 sen disubsidikan kerajaan manakala RON97 berada pada kadar RM2.80 seliter bergantung kepada apungan terurus harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran. Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan khabar angin bahawa kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol RON95. Ahmad menerusi akaun Twitternya berkata: Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar. Pada hari sama, khabar angin di internet termasuk di laman sosial memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen. Ahmad berkata, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi berbanding dengan negara lain di dunia. -Omakkau
Posted on: Fri, 24 Jan 2014 07:58:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015