Ikhwan Muslimin telah diserang oleh pemerintah askar di dalam - TopicsExpress



          

Ikhwan Muslimin telah diserang oleh pemerintah askar di dalam pertumpahan darah di kawasan Pengawal Republik. Gehad Haddad, jurucakap untuk Ikhwan Muslimin melaporkan kepada Al Jazeera bahawa terdapat 2 perkara yang cuba dicapai daripada pertumpahan darah tersebut. "Pertamanya ialah untuk menghalau kami dari jalanan dan seterusnya meninggalkan objektif kami untuk membawa demokrasi ke negara Mesir selepas 60 tahun dijajah oleh pemerintahan askar. Atau mereka fikir darah kami lebih murah berbanding darah orang lain di mesir dan tiada orang yang akan peduli?" Dia berkata. "Kami akan tetap dengan pendirian kami. Kami tidak akan diseret ke dalam kitaran keganasan ini. Kami tahu betapa bahayanya keadaan ini. Walaupun ia bermaksud kami terpaksa menjadi sasaran untuk seluruh dunia memahami bahawa kami berkeras ingin membawa demokrasi ke negara kami. Kami tidak akan membiarkan apa-apa peluru atau pistol untuk menghalang kami dari apa yang kami mahu." Haddad juga mengatakan disiplin kumpulannya (Ikhwan Muslimin) tidak membenarkan mereka menyerang balas keganasan tersebut. Namun, beliau menambah, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak kumpulan lain yang terbunuh di jalanan. "Kami hanya boleh menerimanya dan teruskan kehidupan," katanya. Sumber: AlJazeera
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 10:50:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015